Scintillate Zenith | Sparkling at the greatest peak

Entry About Shout Friends Follow D'Board


  • Konichiwa! Watashi wa FaSyark desu. Nice to meet you!


owner

Contact Me

credits
31.7.15 | 0 Cloud(s)
Salam Aidilfitri 1436

Bismillah.

tak sangka dan syukur ku pada ilahi.. hidup lagi aku sampai ke saat ni. so aku dapat lah berpuasa tahun ni dan beraya di sabak bernam. hari first raya tak ramai pun yang ada. mak uda, abang didi, angah nenek. tu je la. yang len balik raya ke2, ke3... dan benda paling best, phone aku buat hal pada pagi raya!!!!! stress bapak weyyy. whatsapp suma tak boleh nak reply. gambar pun tak boleh nak save sangat. huhuhu. frust menonggeng gak r time tu. so ni je la gambar raya yang aku save. yang len da masuk dalam instagram. malas r nak cari balik



raya ke3 bertolak ke ganu! ohhh lupa. sepanjang balik kampung ni, ada puteri aka anak kucing ikut kami sekali! kecik ja. dia datang ke rumah. so kat tganu tak g mana pun, cam biasa tempat2 wajib tu mestilah ada. rumah tokki, tok non, tok umi, dan yang terbaru pakcik din sedara baba. dah jadi wajib pulak. heee. tapi yang bestnya, kitorang baru discover tempat amik gambaq best, china town dekat pasar payang. panas gila weyyyy.. padan muka hang sampai hari ni muka menggelupas lagi. huuuu.


dah hari raya ke5 kami pun pulang lah semula ke kolumpo. first time wey, duit raya kat ganu lagi masyukk dari sabak. yang bestnya tok r. sebelum ni punya la susah nak bagi duit raya. sekali amik hang. nganga la jugak. takpa2, rezeki ni. buat beli ubat! dah sampai rumah, kemudian aku post r gambar jemput datang rumah.. hee. dan khamis muncul la geng2 5 hamzah! thank to yana sebab jadi P.A aku dan posmen aku untuk syeno. gedik je minah tu nak acah-acah gaduh ngan aku lagi. menyampah mak.. hahaa








well, i'm soooo happy on that day! dorang dah macam family aku. pico pun caring dari dulu. haha. dia x-ketua kelas okay, xda mende-mende ponggg.dan suprisingly syammir datang wey malam tu. mak aku r ajak. good timing datang serentak dengan ayah syeno. dah macam ada apa-apa ja dua ekor ni. curious aku. nak g rumah aku pun wassep syeno dulu ceyhh. tapi, pemalunya ya ampunnnn...sengih memanjang. lantak dia r. dia sembang ngan bapak aku ja. hahahaa. esoknya aku dengar kamil pulak excident, tapi alhamdulillah tak teruk sangat.


sabtu, aku sempat jap g open house syeno sebelum ke perak hantar acik. tapi tak syok r. muka tengah burn, menggelupas, baju comot, tudung comot. haihhh. memang silap betul aku pakai baju ni. tapi syeno dengan bangganya boleh pulak post kat ig dia. memang la minah ni tak penah wat aku tak bengang. grrrr.. -.-"





Minggu depannya.. ouhh..yaaa. aku sebenarnya tengah recall balik ni. sebab banyak dah missed kan. isnin tu kakwan tanya boleh tak datang rumah. aku pun ofcourse la boleh sebab birthday sya time tu. ingat boleh la celebrate sekali. dan budak-budak rumah 35 aka anak-anak aku pun sampai. birthday girl yang takda!!! kat kelantan lagi. laaaaa. so kami pun teruskan je la kehidupan kami. hahaha. makan-makan kat rumah. pastu sapa ntah ajak tido kat rumah dorang. kebetulan besoknya memang ada appointment pun kat ppum. dan secara random la ikut dorang naik kete, kak zatus drive terus sampai ke mid valley! teman orang bukak puasa.. yang puasanya sorang ja. kakwan! pastu jalan-jalan jap. pukul 10.30 tengok paper towns! serious aku suka cite ni! tak sedih wey. lawak gila. dan banyak metaphor. besttttt.




sebabkan sya takda, maka aku pun dengan rajinnya siap edit gambo buh gambaq dia skali! baru la complete. ainur pulak bagi pinjam komik lawak kampus ni. siap pakej dapat duit raya frozen dan kad raya comel gilaa! thanks roomie. love you alwaysss.




khamis tu lepak ngan my soul sister ni pulak la. aku pun tak tau kenapa aku dah tak reti bergurau sangat ngan minah ni. acah over sket sentap la. haha. tapi tak yah pelik. sentap 2 minit huha huha balik. acah acah manja je tu. yelaa, kita takda boyfie.. kita manja dengan kawan-kawan kita la kan. so pergi la Nu Sentral. sampai-sampai terus tengok wayang. ant-man. ntah la, tapi aku rasa cite ni macam cliche la. macam maketh man tu. apa ntah nma cite tu da lupa pulak. aku rasa cam paper towns yang orang kata tak best tu lagi best. lepas solat zohor g la makan. syeno ajak makan kat man hattan. aku ni dah r tak penah masuk restoran tu. ikutkan je la. makan fish n chip. sedap gak r. tapi portion dia besaq weyyy. aku ni yang sedap melantak sayur dia. fresh kot. rasa rangup gitu. aku ni punya la excited nak rasa sup dia. mati-mati membayangkan macam mushroom soup. sekaliiii. aku tak tau la. sup sayur kot. macam puree baby punn ada. carrot2, sayur. aduyaaiii. hilang mood nak makan sup. lepas tu kitorang jalan-jalan la. nak cari baju. bukan aku tapi syeno yang nak cari. alih-alih aku terpengaruh sekali. sakan shopping kat uniqlo. pusing punya la banyak tempat. hahahaa. pluss!! akhirnya aku dapat gak headphone typo secara percuma! syeno la belanja! dah la makan pun dia belanja. banyak dia keluar duit hari tu. takpa la, she insist. semoga rezeki dia bertambah dimasa akan datang. btw, thanks for the deal yang kitorang buat. aku takmau cite sini. just in case aku tak ingat dah, ko lah yang cite nanti k? sebelum balik macam biasa la sempat bergambar duluuu. 






so ni lah rumusan selama dua ke tiga minggu ni. nanti aku rajin-rajinkan tulis blog lagi ye

ttyl




Labels: , , , , , , , , , ,

7.7.15 | 0 Cloud(s)
Happy 30th Birthday AG COCO!

Bismillah,

so, hari ni genap la umoq crush aku 30 tahun. haha. awat laaa hang minat orang tua. lantaq p la. kalau hampa tengok konfem tak caya umur da masuk 30sen! hahaha. aku betul-betul start minat time tengok versus hari tu. dia di interview oleh aidid marcello tu. perghhh, loghat kedah dia. piaawww gitu! sebenaqnya, da lama kenal ag ni. i mean bukan kenal kawan la. sampai la ni tak lagi. hohoho. mesti la kenal HUJAN! sapa yang tak penah dengar lagu BILA AKU SUDAH TIADA konfem la budak-budak layan nasyid je ni. aku rasa budak layan nasyid pun tau lagu ni kot! so lepas tengok versus tu la memang tak boleh blah punya crush. dan loghat kedah dia pun mirip seseorang la yang aku kenal. huhuhu. tu sebab lagi minat ag kot. aku suka rambut panjang dia tu. time aku bela rambut macam pontianak tu selalu la tanya ainur, roommate aku yang hadap je aku meroyan depan tv bila tengok idola kecil. dok tanya rambut sapa lagi panjang! laa ni, konfem2 la dia menang. takpa, aku akan bela balik!

pastu aku tak ingat cam mana...oh ya!!!! dalam ig syindah, dan2 dia bergambar dengan ag. masa tu yuna wat show kat manchester. sakan la aku suro syindah mintak sign kat ag. dan dia buleh layan je pulak tu!



tipu la kata aku tak excited kan bila dapat ni. lepas tu masa pun berlalu...buat aku tertanya (choi! tu lirik lagu baby ana milik siapa!) aku just follow je la aktiviti dia suma blablabla. tak ingat dah. sampai ada event kat uia. pah siap gtau dia yang aku minat dia gila. siap cite yang aku sakit. perghh. tak boleh blah tu, kuar makan terus tanya mana kawan tu. dan for the first time ever aku dapat bergambar dengan crush aku. kat yuayyeii koo. xD


dalam hujung bulan 12 time aku nak op tu, si syeno send gambar ag kat wassep siap ada ucapan. dan tak boleh blah nya aku siap post kat ig ngan fb. kantoi busuk kat sume orang aku minat guitarist hujan ni. haha. suprisingly! ag pun comment kat post tu. well, sume ni atas bantuan syindah gak la. hahaha. gambar tu ada kat entri-entri lepas. malas dah nak gali balik. siap bagi nasihat bagai..aawwww *dah! stop the crap please.

tahun ni dalam bulan 3 tu, aku sempat join showcase nastia. dan main sebenar untuk jumpa ag coco ja. hahaha. dengan bantuan araw, aku pun dapat bergambar dengan dia. most suprisingly dia kenal aku! 



duhhh. gempok giler aku waktu ni. okay, ni sume penangan steroid ye! hahaha. so, macam tu la aku minat dia suma sampai la skang. dah la buat lagu sume jahat-jahat! paling best dan lattest wat masa ni MASHUP AMIR JAHARI & RAIHAN. AWESOMEE GILERR!!!!





Rasanya boleh dengar. so dengar la ye.

okay, semua di atas hanya la duniawi. yang ukhrawi nya kita da pun masuk ke fasa terakhir ramadan tahun ni. sekejap je rasa. dan alhamdulillah, masih diberikan nafas untuk aku bernyawa hingga ke hari ini. mari lah kita sama-sama berdoa supaya dikurniakan lailatul qadr. kan best kalo boleh renew lailatul qadr tiap tahun. tapi sayang, bukan senang nak jumpa. so, ganbatte kudasai!!!!!













Labels: , , , , , , , ,

5.7.15 | 0 Cloud(s)
Hati, Kuat sket!


Terpulanglah, mau jadi apa
mau jadi hantu,
mau jadi buaya.

tolong la stop pacak. kau dah tau semuanya kan?
kau nak tunggu apa lagi kat situ?
buat invisible sampai orang lain tak nampak kau?
wake up wake up dear

Labels: , , ,

3.7.15 | 0 Cloud(s)
Sahabat



Jika kucing engkau sayang tersesat di jalanan. 
Pasti ia akan mencari jalan pulang
Jika sahabat sejati meninggalkan dirimu
Untuk apa kau bersedih kerna ia pasti kembali

Bila air mata menitis
Pasti ia datang dari hati
Kita harus kuat terima kenyataan
Tak usah terus berduka dan menangis semacam bayi.


Hahaha. Dah nama best friend, gaduh seminggu pun rasa macam losing my soul sister dah. Baru aku perasan aku jauh hati dengan dia sebab satu ayat dia je pun. Nak rahsia dengan aku. Memang tak nampak apa pun. Tapi sebab aku memang cerita semua benda kat dia. Agak terasa la bila dia cakap camtu. Tu je pongg, hahaha. 

Aku tau aku ni seorang yang overprotective friends. Sampai aku rasa bila ada other guy dgn kawan2 baik aku. Aku rasa inferior. Aku akan fikir, she will leave me soon. So, why not i make a move first? Let me leave her first. Padan muko. Hahaha. Jahat and too overthinking kan? 

Yeaa. I know 😅😂

Tapi something you don't know. I'm not too friendly. But once i love my friends, i love them with all my heart. ❤️




Labels: , , , , ,

30.6.15 | 0 Cloud(s)
Blogging just my love.

Bismillah,


Sebulan yang lepas aku cuba pakai sistem TN - TRAVELLER'S NOTEBOOK. tapi what i found is, the system not suite me well. dulu aku memang suka tulis diary-diary ni, journaling sume ni. tapi ntah, skang ni dah malas nak menulis. mungkin susah satu hal kot. tapi aku lagi prefer blogging la. maaf ye cik blog, saya cuba curang dengan sejak kita dah bersama dalam empat tahun ni. haha.

Well, since dah lama aku tak datang sini, banyak jugalah benda yang aku tak cerita kat sini. huhu. sayangg. we'll see. dari lepas keluar wad. okay! aku, nani dan adik-adik, syeno pergi FLORIA! wat perangai betul. baru 2 minggu keluar wad dah gatal nak berjalan.

04062015 | Khamis | Floria, Putrajaya






look here! jumpa dina donut dengan najwa kawan maahad! sempat lagi. haha.rindu nyaaa geng2 maahad wey. tengok paper bag tu! thanks wa, best buku tu!

budak ni comel betul! asma'

aku patut tunjuk kat kemal ni. tapi lupa. haha


Sebenarnya, tiga hari sebelum ni aku ada masalah jiwa sket. patah berjuta kot!!! aku da tulih kat TN aku. kalau boleh takmo ingat dah. lepas peristiwa terus tawar hati kot. memang la susah nak buang rasa tu, tak dah makin pudar la. well, i'm okay with that. lagi pun dah kembali normal cam biasa pun. boleh call2 lagi, sembang pasal anime segala benda. i'm comfortable with that way. :)

okay, lepas tu....apa ya? jap nak pikiaq. ouh! okay. pergi melaka dengan PD! first time g klebang. sekali kereta jerlus kot! masuk dalam tanah. dalam pulak tu. tapi panaih nyaa yarabb. aku burnt terus muka balik tu. pegi PD cam tadak pa. makan ikan bakar je la. pastu g muzium lukut tengok tempat bersejarah. kubu dia suma. okay, tipu. kubu tu tak naik, sebab atas sangat. xD

06062015 - 07062015 | Sabtu - Ahad  | Melaka - PD




selasa depannya,  date dengan kakak-kakak la pulak. punya lama kot buat planning ni. tak pernah jadi. finally alhamdulillah, Allah allowed it. pergi setia alam city mall pun jadi lah. main belon, pastu layan san andreas! best gila!

09062015 | Selasa | Setia Alam


sabtu minggu tu ALHAMDULILLAH!!! dapat jugak pergi event love, aisha ni. aku ingat dah tak boleh pergi dah sebab sakit kan. but AS LONG AS I CAN RUN, I WILL RUN, AS LONG AS I CAN WALK, I WILL WALK, EVEN AS LONG AS I CAN CROWL, I WILL CROWL. turun-turun esculator terus jumpa mizue dengan keyya! happy giler time tu. balik tu jumpa kawan akmal kat Iucn dulu, kak ain. seriously, aku memang suka surrounding time tu. alangkah indahnya kalau the whole malaysia macam tu.

13062015 | Sabtu | PICC



Wooww, banyak betul plan aku masa ni kan? macam-macam benda nak buat. again alhamdulillah, Allah bagi aku kesihatan untuk terus bergerak. 

tak habis lagi tu, minggu depannya lepas hantar acik balik uitm seri iskandar dia, kitorang pergi cameron! lama dah rasa tak sini. sejuk lagi. best! dapat makan strawberry sampai nak muntah je rasa. hahaa. sampai-sampai cameron terus dicuci mata ni dengan hot stuff mat salleh. satu bus kot! summer kot. depa mai tempat sejuk la. hotel pun best!

15062015 - 16062015 | Isnin - Selasa | Cameron Highland



Balik cameron rasanya tak gi jalan luar dah rasanya. yela. sebab dah start ramadan! alhamdulillah, banyak kan benda yang aku kena syukur kat tuhan. sempat lagi jadi tetamu dia tahun ni. aku kononnya nak wat #pamramadan tu tapi tak jalan la. aku da makin malas menulis ni. kena paksa diri baru jalan. semuanya berjalan lancar, sampai la 22062015.

hari tu birthday kawan baik aku. kawan yang paling aku sayang kat dunia ni. malam tu elok la wish dia, sakat sakan macam biasa la. tapi besoknya tetibe setan datang (tipu! ramadan mana ada setan woi!) lantaklah tapi aku rasa macam aku jeles dengan dia. bukan jeles menda pun. aku tetibe terfikir, seronoknya dia. 22 tahun hidup dengan sihat, ramai kawan, ramai crush (HAHA), pandai, semua la. dia ada masa depan yang cerah. bukan macam aku... aku sakit, even aku takut nak buat plan untuk jangka masa panjang sebab aku tak nampak clear pun masa depan aku ni. YA ALLAH. Time ni rasa macam hilang tuhan, hilang iman, hilang aqidah sume. down gila. yela, kalau sebelum ni dengan dia la aku cite sume. but not anymore. dia pun da banyak rahsia2 dengan aku. nasib baik kak saadah ada. dan Alhamdulillah untuk kali ke berapa, aku teringat kata-kata saffana

kita tetap kena tunduk sebagai hamba, tapi terus berjalan sebagai KHALIFAH DI MUKA BUMI INI.

Teringat quotes ni macam wakeup call. aku da boleh fikir dengan waras balik dah. tapi...... once dah jauh hati. tu yang susah. sebab aku ni jenis liat sket, heartless, seminggu aku tak wassep dia, tego kat twitter pun tak, kat fb pun dia yang semak (memang keje dia kaco hidup aku ja kat fb tu) hahahaha. and tetibe dia tego aku semalam tanya aku marah dia ke tak sebab tweet aku macam nganjing-nganjing orang. puas la aku cakap untuk aku la apa la.. memang tak boleh nak tipu la. nama pun member baik kot! well, aku pun ngaku la. aku rasa bukan sebab atas tu dah aku jauh hati ngan dia lama camtu... tapi sebab lelaki. ye. aku rasa macam someone had steal my friend! i is sad tau tak. that guy siap confess, tapi dah kena reject la. hahaha. bukan 1 guy je kot. aku rasa 2. macam menyesal bagi nombor kawan aku ni kat mamat tu. again, i felt left. walaupun aku ada ramai lagi kawan yang sayang aku. still, i feel left behind. tapi masing-masing dah besar kan? malas la nak gado-gado bagi2 surat cam zaman sekolah dulu (aku jumpa balik kot surat2 zaman sekolah! sat g nak baca la! hahahaa) aku tau problem aku ni, once dah merajuk, bukan senang nak pujuk balik. lagi2, bila perangai sarcastic, heartless dia datang balik. aku memang suka buat kawan baik aku menangis dalam diam. aku taknak dia jadi macam alai. aku memang bukan kawan yang baik. well, i'm try to be. tengok la macam mana lepas ni. huhu.

aku just harap aku masih boleh hargai insan-insan keliling aku... sebelum terlambat....

aku harap..kanser tu akan hilang one day. dan aku akan boleh kerja, happy macam biasa. =')

hari ni 01072015, minyak naik lagi. bak kata Ag kt twitter, penat dah bercinta dengan malaysia ni. selalu buat orang frust. huwaaaa.. semoga dapat bayar hutang-hutang semua (jangan lupa hutang fidyah!) xD


I'm quite a loner and i love it to be honest. 
and.....
those who are HEARTLESS once cared too much...




Labels: , , , , , , , , , , ,

18.6.14 | 0 Cloud(s)
Azam cuti sekolah

Bismillah

1. BELAJAR MEMANDU
2. BELAJAR MAIN GITAR *Arrgrhhh...aku still mencari guru yang sesuaiii...pakcik tu kata nak jar, tapi dia buzy kijo pulak... -_-
3. BELAJAR MASAK
4.MENJAHIT
5.MENULIS. *yeaahhh!!!!


so, sket je ni! cayokkkkkk


Labels: ,

12.1.14 | 0 Cloud(s)
Hari ini dalam SEJARAH

Bismillah.

HARI INI DALAM SEJARAH?? kenapa sejarah? apa maksud sejarah? haaa, tak pasal-pasal la kena google segala nanti. ok, sejarah dalam google maksudnya...aku tak mau la bagi, sebab dia bagi definisi zaman-zaman form 1 dulu. konfem korang da pass punya kan. sejarah dalam kamus hidup aku benda yang tak penah-penah dibuat seumur hidup dan kau buat hari ni! dalam erti kata lain, RARE! hahahaha. so, apa yang rare nyaa?

Sebab aku pegi konsert!!!! Awwww.... Memang aku tak bajet langsung dapat gak pegi OU malam tu, Sebelas Januari 2014! Sebab pagi tu aku ada explorace start pukul 8 pagi sampai hotel nak pukul 5pm. Boleh bayangkan dah penat dia macam mana. aku join bukan sebagai peserta, tapi sebagai photographer gitu. alhamdulillah, semester akhir ni, sempat jugak aku join program-program kolej, walaupun dah ada rasa jauh hati sket sebab...hmm ada lah! niat mesti ikhlas! dan memang aku happy sepanjang hari tu. ^^





Some things will end, but memories last forever

Balik dari taman botani da nak pukul 5. kalau ikutkan rutin pelajar normal yang baru balik berjemur bagai, mesti rest in bed je la malam tu. aku ngan member aku pija dah wat kje rare! lepas maghrib, terus tunggu teksi nak g OU. Maju pakcik tu, siap pakai GPS nak g OU. baru keje dua bulan, biasa la tu. hehe.sampai dalam pukul 8.30, terus cari New Wing. aku memang failed . tanya pakguard siap dua kali. kenapa aku semangat sangat nak g OU ni?


Okay, masa memula nampak poster ni rasa macam nak meroyan jap dalam bilik. ADA HUJAN!!!!!!! Da laa, masa konsert dia kat klcc tu tak boleh g sebab final exam kot time tu! huhuu. takpa, kali ni aku cuba pastikan untuk sampai ke sana. sampai la pagi tu, sebelum gerak ke taman botani, mama call. ouhh damnn.. tetibe mama cakap nak g raub hari tu jugak, bermakna harapan aku nak g OU memang musnah laa. punya aku merayu segala, tapi memang takda pape perubahan, siap merajuk la konon-kononnya. tapi aku pikir balik, kalau merajuk takkan ubah apa2, so aku cari jalan jugak untuk pegi. sampai laa selamat tiba. alhamdulillah. ni dah termasuk keje random aku la ni. ntah kali ke bape aku wat keje random gini. antara yang aku ingat, time nak g Being-ME, TOF13, USIM. So untuk 2014, this is my first crazy random la! haha


Tengah duduk sementara tunggu konsert, ada persembahan api. yang orang tu minum minyak, pastu main-main api. dok sembur-sembur. kuang ajo jer dorang ni, saja bawak api tu kat tempat aku ngan member aku duduk, berterabur lari lah. bukan kitorang je yang kena. ramai lagi. budak pun kena. kesian dia, sampai nangis. huhu. konsert start ngan najwa latif. masa mula-mula sound dia kuar, macam nak bergegar jantung ni. kuatnya ya ampunn. macam ni konsert rupanya! fuhh! kuat nak mampuih la. layan la dua, tiga lagu najwa. enjoy gak. tapi sementara duduk-duduk tadi, aku dah ternampak ag! waaaaaaa!!! rasa nak jerit, tapi behave..behave..tak jumpa plak noh. so, aku rasa suma orang tak sabar nak tunggu hujan performed rasanya. dari duduk berdiri tepi sampai aku dah berdiri kat front line! memang siot tak terkata lah! hahaa.


WAAAAA! THE SHOW...BEGINNN!!!!
SAH! Memang ramai yang tunggu hujan sebenarnya. dia performed lagu lama-lama. tapi, who cares! dah la aku first time doo!!!ada lagu gundah, kuala lumpur, aku scandal, empayarmu. memang enjoy gak la!


that feeling, bila ko bleh tangkap gambar "the most i impossible person to get married to" guna phone sendiri. AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA.....Hahahahhahahahaha! Ya ALLAH, istighfar banyak-banyak Syark. Dont worry, aku behave lagi time tu. takdak la nak terjeri-jerit bagai. dah la dengan baju muslimahnya, bawak bag pack penuh ngan uniform yang tak basuh lagi! hahaha. memang rare sangat la kan!


Lepas hujan je, terus mama call, kata dah nak sampai. so tak sempat la nak dengar Faizal Tahir ngan Amy Search. aku tak kesa sangat sebab tak minat mana pun yang lain. tapi bila tengok live, aku nampak Noh lagi hensem dari Ag kot! haha. he's taken already yeaa! sampai rumah, makan pizza, solat, terus complete rest in bed! *___*

so, inilah one of the best opening of TWENTY FOURTEEN.
SEBELAS JANUARI bertemu.
hahahaha

~just enjoy the show.

ps; okay, back to real life! besok ada PBL, pastu exam semua! wish me luck!



Labels: , , , , ,