![]() |
![]() Entry About Shout Friends Follow D'Board |
owner
Contact Me
credits
|
![]() ![]() ![]() Bismillah. tak sangka dan syukur ku pada ilahi.. hidup lagi aku sampai ke saat ni. so aku dapat lah berpuasa tahun ni dan beraya di sabak bernam. hari first raya tak ramai pun yang ada. mak uda, abang didi, angah nenek. tu je la. yang len balik raya ke2, ke3... dan benda paling best, phone aku buat hal pada pagi raya!!!!! stress bapak weyyy. whatsapp suma tak boleh nak reply. gambar pun tak boleh nak save sangat. huhuhu. frust menonggeng gak r time tu. so ni je la gambar raya yang aku save. yang len da masuk dalam instagram. malas r nak cari balik
raya ke3 bertolak ke ganu! ohhh lupa. sepanjang balik kampung ni, ada puteri aka anak kucing ikut kami sekali! kecik ja. dia datang ke rumah. so kat tganu tak g mana pun, cam biasa tempat2 wajib tu mestilah ada. rumah tokki, tok non, tok umi, dan yang terbaru pakcik din sedara baba. dah jadi wajib pulak. heee. tapi yang bestnya, kitorang baru discover tempat amik gambaq best, china town dekat pasar payang. panas gila weyyyy.. padan muka hang sampai hari ni muka menggelupas lagi. huuuu.
dah hari raya ke5 kami pun pulang lah semula ke kolumpo. first time wey, duit raya kat ganu lagi masyukk dari sabak. yang bestnya tok r. sebelum ni punya la susah nak bagi duit raya. sekali amik hang. nganga la jugak. takpa2, rezeki ni. buat beli ubat! dah sampai rumah, kemudian aku post r gambar jemput datang rumah.. hee. dan khamis muncul la geng2 5 hamzah! thank to yana sebab jadi P.A aku dan posmen aku untuk syeno. gedik je minah tu nak acah-acah gaduh ngan aku lagi. menyampah mak.. hahaa
well, i'm soooo happy on that day! dorang dah macam family aku. pico pun caring dari dulu. haha. dia x-ketua kelas okay, xda mende-mende ponggg.dan suprisingly syammir datang wey malam tu. mak aku r ajak. good timing datang serentak dengan ayah syeno. dah macam ada apa-apa ja dua ekor ni. curious aku. nak g rumah aku pun wassep syeno dulu ceyhh. tapi, pemalunya ya ampunnnn...sengih memanjang. lantak dia r. dia sembang ngan bapak aku ja. hahahaa. esoknya aku dengar kamil pulak excident, tapi alhamdulillah tak teruk sangat.
sabtu, aku sempat jap g open house syeno sebelum ke perak hantar acik. tapi tak syok r. muka tengah burn, menggelupas, baju comot, tudung comot. haihhh. memang silap betul aku pakai baju ni. tapi syeno dengan bangganya boleh pulak post kat ig dia. memang la minah ni tak penah wat aku tak bengang. grrrr.. -.-"
Minggu depannya.. ouhh..yaaa. aku sebenarnya tengah recall balik ni. sebab banyak dah missed kan. isnin tu kakwan tanya boleh tak datang rumah. aku pun ofcourse la boleh sebab birthday sya time tu. ingat boleh la celebrate sekali. dan budak-budak rumah 35 aka anak-anak aku pun sampai. birthday girl yang takda!!! kat kelantan lagi. laaaaa. so kami pun teruskan je la kehidupan kami. hahaha. makan-makan kat rumah. pastu sapa ntah ajak tido kat rumah dorang. kebetulan besoknya memang ada appointment pun kat ppum. dan secara random la ikut dorang naik kete, kak zatus drive terus sampai ke mid valley! teman orang bukak puasa.. yang puasanya sorang ja. kakwan! pastu jalan-jalan jap. pukul 10.30 tengok paper towns! serious aku suka cite ni! tak sedih wey. lawak gila. dan banyak metaphor. besttttt.
sebabkan sya takda, maka aku pun dengan rajinnya siap edit gambo buh gambaq dia skali! baru la complete. ainur pulak bagi pinjam komik lawak kampus ni. siap pakej dapat duit raya frozen dan kad raya comel gilaa! thanks roomie. love you alwaysss.
khamis tu lepak ngan my soul sister ni pulak la. aku pun tak tau kenapa aku dah tak reti bergurau sangat ngan minah ni. acah over sket sentap la. haha. tapi tak yah pelik. sentap 2 minit huha huha balik. acah acah manja je tu. yelaa, kita takda boyfie.. kita manja dengan kawan-kawan kita la kan. so pergi la Nu Sentral. sampai-sampai terus tengok wayang. ant-man. ntah la, tapi aku rasa cite ni macam cliche la. macam maketh man tu. apa ntah nma cite tu da lupa pulak. aku rasa cam paper towns yang orang kata tak best tu lagi best. lepas solat zohor g la makan. syeno ajak makan kat man hattan. aku ni dah r tak penah masuk restoran tu. ikutkan je la. makan fish n chip. sedap gak r. tapi portion dia besaq weyyy. aku ni yang sedap melantak sayur dia. fresh kot. rasa rangup gitu. aku ni punya la excited nak rasa sup dia. mati-mati membayangkan macam mushroom soup. sekaliiii. aku tak tau la. sup sayur kot. macam puree baby punn ada. carrot2, sayur. aduyaaiii. hilang mood nak makan sup. lepas tu kitorang jalan-jalan la. nak cari baju. bukan aku tapi syeno yang nak cari. alih-alih aku terpengaruh sekali. sakan shopping kat uniqlo. pusing punya la banyak tempat. hahahaa. pluss!! akhirnya aku dapat gak headphone typo secara percuma! syeno la belanja! dah la makan pun dia belanja. banyak dia keluar duit hari tu. takpa la, she insist. semoga rezeki dia bertambah dimasa akan datang. btw, thanks for the deal yang kitorang buat. aku takmau cite sini. just in case aku tak ingat dah, ko lah yang cite nanti k? sebelum balik macam biasa la sempat bergambar duluuu.
so ni lah rumusan selama dua ke tiga minggu ni. nanti aku rajin-rajinkan tulis blog lagi ye
ttyl
Labels: famILY, fighting cancer, Holiday, Me, me :), me-my friends :), Memory, memory :), muslim life, random :), you :) ![]() ![]() Bismillah, Alhamdulillah, akhirnya semalam sempat jugak bertemu dengan kakak-kakak NURSING GENERATION (NG) dari batch atas-atas. NG ni kira usrah aku kat PPUM la. dulu masa awal-awal pergi, anak kak su je yang ada. semalam pergi MasyaALLAH tabarakalallah! dah ada 8 orang kanak-kanak. meriah dengan bunyi budak je. seronok sangat! ^^ mula-mula aku ingat tak jadi dah pergi. tapi ada sorang hamba Allah ni dok tanya aku pergi ke tak. hmm, mesti lah g kalau dia pergi! haha.okay tipu ja. kaknad pergi. so ada geng la. aku taktau kenapa dengan batch aku, semua buat hal masing-masing je. lantak p lah. ada masalah la kot. aku sampai dah awal, tunggu kaknad la nak gerak sama. alih-alih sampai 2 episod parasyte aku abihkan dia tak mai2, sampailah dah nak azan magrib pun.
baru la kalut nak cari rumah no bape sume, sek bek satu jalan je rumah misi-misi ni. dah nak azan baru kaknad sampai. pastu kami pun makan-makan je la. tak sempat nak sembang sangat. rupanya depa dah sembang awai! alaaa, rugi tak mai terus je tadi. huhu.
so ni la antara kenangan semalam.
balik-balik rumah singgah mamak, melantak sungguh-sungguh. balik tu ostad mesir tu wassep tanya buat pa kat kedai mamak tadi. damn betul. kantoi busuk makan tak semenggah. so, lepas ni.. please behave ye nak makan mana-mana pun. =.="
kak shad sempat hadiahkan buku ni semalam! tak sentap lagi taktau la. double dah ni!
our little princesses maryam hana and khadeeja. comel sangat wey
pagi tadi ada notification kat fb pasal iftar gen19 smakl pulak. kalau umur panjang, kalau Allah izinkan. INSYAALLAH =)
Labels: famILY, fighting cancer, Me, me :), me-my friends :), Memory, memory :), muslim life, you :) ![]() ![]()
Bismillah,
Hari ni dapat hadiah dari bang nwa!!! Bestnyaaaa. Rasa macam budak-budak je. Tapi lantak la. Ada aku kisah! Dia g london hari tu. Tu yang sempat beli macam-macam benda comel ni. ^^
Bananaa. Bananananaa.. Banana.. Potato laaaaa~~ minions pun adaa!!!
Dann... Welcome to the world princess Aisha! Kak Alia selamat bersalin 2 Julai 2015 jam 1827h. Comel sangat *baby mana yang tak comel pacak oii.. Ringan 2kg lbh je. Caeser sebab heartbeat makin low. Bila da baby bawak kuar baru tau tali pusat terbelit. Alololoo. Kesian aisha. Btw, aku kan baru g conference love, Aisha hari tu. So aku tunjuk la vid dia kat Alang. Dulu da berangan konon2 nak nama anak Aisha, sekali kak Alia steal dulu! Hahaha. Takk kisah la. Aku happy je ^^
Semoga Aisha menjadi seorang wanita yang solehah dan beriman persis Aisha RA ☺️
ps; mama memang suka tidoq time bergambaq Labels: famILY, Me, me :), memory :) ![]() ![]() Bismillah, Sebulan yang lepas aku cuba pakai sistem TN - TRAVELLER'S NOTEBOOK. tapi what i found is, the system not suite me well. dulu aku memang suka tulis diary-diary ni, journaling sume ni. tapi ntah, skang ni dah malas nak menulis. mungkin susah satu hal kot. tapi aku lagi prefer blogging la. maaf ye cik blog, saya cuba curang dengan sejak kita dah bersama dalam empat tahun ni. haha. Well, since dah lama aku tak datang sini, banyak jugalah benda yang aku tak cerita kat sini. huhu. sayangg. we'll see. dari lepas keluar wad. okay! aku, nani dan adik-adik, syeno pergi FLORIA! wat perangai betul. baru 2 minggu keluar wad dah gatal nak berjalan. 04062015 | Khamis | Floria, Putrajaya
look here! jumpa dina donut dengan najwa kawan maahad! sempat lagi. haha.rindu nyaaa geng2 maahad wey. tengok paper bag tu! thanks wa, best buku tu!
budak ni comel betul! asma'
aku patut tunjuk kat kemal ni. tapi lupa. haha
Sebenarnya, tiga hari sebelum ni aku ada masalah jiwa sket. patah berjuta kot!!! aku da tulih kat TN aku. kalau boleh takmo ingat dah. lepas peristiwa terus tawar hati kot. memang la susah nak buang rasa tu, tak dah makin pudar la. well, i'm okay with that. lagi pun dah kembali normal cam biasa pun. boleh call2 lagi, sembang pasal anime segala benda. i'm comfortable with that way. :)
okay, lepas tu....apa ya? jap nak pikiaq. ouh! okay. pergi melaka dengan PD! first time g klebang. sekali kereta jerlus kot! masuk dalam tanah. dalam pulak tu. tapi panaih nyaa yarabb. aku burnt terus muka balik tu. pegi PD cam tadak pa. makan ikan bakar je la. pastu g muzium lukut tengok tempat bersejarah. kubu dia suma. okay, tipu. kubu tu tak naik, sebab atas sangat. xD
06062015 - 07062015 | Sabtu - Ahad | Melaka - PD
selasa depannya, date dengan kakak-kakak la pulak. punya lama kot buat planning ni. tak pernah jadi. finally alhamdulillah, Allah allowed it. pergi setia alam city mall pun jadi lah. main belon, pastu layan san andreas! best gila!
09062015 | Selasa | Setia Alam
sabtu minggu tu ALHAMDULILLAH!!! dapat jugak pergi event love, aisha ni. aku ingat dah tak boleh pergi dah sebab sakit kan. but AS LONG AS I CAN RUN, I WILL RUN, AS LONG AS I CAN WALK, I WILL WALK, EVEN AS LONG AS I CAN CROWL, I WILL CROWL. turun-turun esculator terus jumpa mizue dengan keyya! happy giler time tu. balik tu jumpa kawan akmal kat Iucn dulu, kak ain. seriously, aku memang suka surrounding time tu. alangkah indahnya kalau the whole malaysia macam tu.
13062015 | Sabtu | PICC
Wooww, banyak betul plan aku masa ni kan? macam-macam benda nak buat. again alhamdulillah, Allah bagi aku kesihatan untuk terus bergerak.
tak habis lagi tu, minggu depannya lepas hantar acik balik uitm seri iskandar dia, kitorang pergi cameron! lama dah rasa tak sini. sejuk lagi. best! dapat makan strawberry sampai nak muntah je rasa. hahaa. sampai-sampai cameron terus dicuci mata ni dengan hot stuff mat salleh. satu bus kot! summer kot. depa mai tempat sejuk la. hotel pun best!
15062015 - 16062015 | Isnin - Selasa | Cameron Highland
Balik cameron rasanya tak gi jalan luar dah rasanya. yela. sebab dah start ramadan! alhamdulillah, banyak kan benda yang aku kena syukur kat tuhan. sempat lagi jadi tetamu dia tahun ni. aku kononnya nak wat #pamramadan tu tapi tak jalan la. aku da makin malas menulis ni. kena paksa diri baru jalan. semuanya berjalan lancar, sampai la 22062015.
hari tu birthday kawan baik aku. kawan yang paling aku sayang kat dunia ni. malam tu elok la wish dia, sakat sakan macam biasa la. tapi besoknya tetibe setan datang (tipu! ramadan mana ada setan woi!) lantaklah tapi aku rasa macam aku jeles dengan dia. bukan jeles menda pun. aku tetibe terfikir, seronoknya dia. 22 tahun hidup dengan sihat, ramai kawan, ramai crush (HAHA), pandai, semua la. dia ada masa depan yang cerah. bukan macam aku... aku sakit, even aku takut nak buat plan untuk jangka masa panjang sebab aku tak nampak clear pun masa depan aku ni. YA ALLAH. Time ni rasa macam hilang tuhan, hilang iman, hilang aqidah sume. down gila. yela, kalau sebelum ni dengan dia la aku cite sume. but not anymore. dia pun da banyak rahsia2 dengan aku. nasib baik kak saadah ada. dan Alhamdulillah untuk kali ke berapa, aku teringat kata-kata saffana
kita tetap kena tunduk sebagai hamba, tapi terus berjalan sebagai KHALIFAH DI MUKA BUMI INI.
Teringat quotes ni macam wakeup call. aku da boleh fikir dengan waras balik dah. tapi...... once dah jauh hati. tu yang susah. sebab aku ni jenis liat sket, heartless, seminggu aku tak wassep dia, tego kat twitter pun tak, kat fb pun dia yang semak (memang keje dia kaco hidup aku ja kat fb tu) hahahaha. and tetibe dia tego aku semalam tanya aku marah dia ke tak sebab tweet aku macam nganjing-nganjing orang. puas la aku cakap untuk aku la apa la.. memang tak boleh nak tipu la. nama pun member baik kot! well, aku pun ngaku la. aku rasa bukan sebab atas tu dah aku jauh hati ngan dia lama camtu... tapi sebab lelaki. ye. aku rasa macam someone had steal my friend! i is sad tau tak. that guy siap confess, tapi dah kena reject la. hahaha. bukan 1 guy je kot. aku rasa 2. macam menyesal bagi nombor kawan aku ni kat mamat tu. again, i felt left. walaupun aku ada ramai lagi kawan yang sayang aku. still, i feel left behind. tapi masing-masing dah besar kan? malas la nak gado-gado bagi2 surat cam zaman sekolah dulu (aku jumpa balik kot surat2 zaman sekolah! sat g nak baca la! hahahaa) aku tau problem aku ni, once dah merajuk, bukan senang nak pujuk balik. lagi2, bila perangai sarcastic, heartless dia datang balik. aku memang suka buat kawan baik aku menangis dalam diam. aku taknak dia jadi macam alai. aku memang bukan kawan yang baik. well, i'm try to be. tengok la macam mana lepas ni. huhu.
aku just harap aku masih boleh hargai insan-insan keliling aku... sebelum terlambat....
aku harap..kanser tu akan hilang one day. dan aku akan boleh kerja, happy macam biasa. =')
hari ni 01072015, minyak naik lagi. bak kata Ag kt twitter, penat dah bercinta dengan malaysia ni. selalu buat orang frust. huwaaaa.. semoga dapat bayar hutang-hutang semua (jangan lupa hutang fidyah!) xD
I'm quite a loner and i love it to be honest.
and.....
those who are HEARTLESS once cared too much...
Labels: famILY, fighting cancer, Holiday, Me, me :), me-my friends :), Memory, memory :), muslim life, news, random :), you :) ![]() ![]() |