Scintillate Zenith | Sparkling at the greatest peak

Entry About Shout Friends Follow D'Board


  • Konichiwa! Watashi wa FaSyark desu. Nice to meet you!


owner

Contact Me

credits
31.7.15 | 0 Cloud(s)
Salam Aidilfitri 1436

Bismillah.

tak sangka dan syukur ku pada ilahi.. hidup lagi aku sampai ke saat ni. so aku dapat lah berpuasa tahun ni dan beraya di sabak bernam. hari first raya tak ramai pun yang ada. mak uda, abang didi, angah nenek. tu je la. yang len balik raya ke2, ke3... dan benda paling best, phone aku buat hal pada pagi raya!!!!! stress bapak weyyy. whatsapp suma tak boleh nak reply. gambar pun tak boleh nak save sangat. huhuhu. frust menonggeng gak r time tu. so ni je la gambar raya yang aku save. yang len da masuk dalam instagram. malas r nak cari balik



raya ke3 bertolak ke ganu! ohhh lupa. sepanjang balik kampung ni, ada puteri aka anak kucing ikut kami sekali! kecik ja. dia datang ke rumah. so kat tganu tak g mana pun, cam biasa tempat2 wajib tu mestilah ada. rumah tokki, tok non, tok umi, dan yang terbaru pakcik din sedara baba. dah jadi wajib pulak. heee. tapi yang bestnya, kitorang baru discover tempat amik gambaq best, china town dekat pasar payang. panas gila weyyyy.. padan muka hang sampai hari ni muka menggelupas lagi. huuuu.


dah hari raya ke5 kami pun pulang lah semula ke kolumpo. first time wey, duit raya kat ganu lagi masyukk dari sabak. yang bestnya tok r. sebelum ni punya la susah nak bagi duit raya. sekali amik hang. nganga la jugak. takpa2, rezeki ni. buat beli ubat! dah sampai rumah, kemudian aku post r gambar jemput datang rumah.. hee. dan khamis muncul la geng2 5 hamzah! thank to yana sebab jadi P.A aku dan posmen aku untuk syeno. gedik je minah tu nak acah-acah gaduh ngan aku lagi. menyampah mak.. hahaa








well, i'm soooo happy on that day! dorang dah macam family aku. pico pun caring dari dulu. haha. dia x-ketua kelas okay, xda mende-mende ponggg.dan suprisingly syammir datang wey malam tu. mak aku r ajak. good timing datang serentak dengan ayah syeno. dah macam ada apa-apa ja dua ekor ni. curious aku. nak g rumah aku pun wassep syeno dulu ceyhh. tapi, pemalunya ya ampunnnn...sengih memanjang. lantak dia r. dia sembang ngan bapak aku ja. hahahaa. esoknya aku dengar kamil pulak excident, tapi alhamdulillah tak teruk sangat.


sabtu, aku sempat jap g open house syeno sebelum ke perak hantar acik. tapi tak syok r. muka tengah burn, menggelupas, baju comot, tudung comot. haihhh. memang silap betul aku pakai baju ni. tapi syeno dengan bangganya boleh pulak post kat ig dia. memang la minah ni tak penah wat aku tak bengang. grrrr.. -.-"





Minggu depannya.. ouhh..yaaa. aku sebenarnya tengah recall balik ni. sebab banyak dah missed kan. isnin tu kakwan tanya boleh tak datang rumah. aku pun ofcourse la boleh sebab birthday sya time tu. ingat boleh la celebrate sekali. dan budak-budak rumah 35 aka anak-anak aku pun sampai. birthday girl yang takda!!! kat kelantan lagi. laaaaa. so kami pun teruskan je la kehidupan kami. hahaha. makan-makan kat rumah. pastu sapa ntah ajak tido kat rumah dorang. kebetulan besoknya memang ada appointment pun kat ppum. dan secara random la ikut dorang naik kete, kak zatus drive terus sampai ke mid valley! teman orang bukak puasa.. yang puasanya sorang ja. kakwan! pastu jalan-jalan jap. pukul 10.30 tengok paper towns! serious aku suka cite ni! tak sedih wey. lawak gila. dan banyak metaphor. besttttt.




sebabkan sya takda, maka aku pun dengan rajinnya siap edit gambo buh gambaq dia skali! baru la complete. ainur pulak bagi pinjam komik lawak kampus ni. siap pakej dapat duit raya frozen dan kad raya comel gilaa! thanks roomie. love you alwaysss.




khamis tu lepak ngan my soul sister ni pulak la. aku pun tak tau kenapa aku dah tak reti bergurau sangat ngan minah ni. acah over sket sentap la. haha. tapi tak yah pelik. sentap 2 minit huha huha balik. acah acah manja je tu. yelaa, kita takda boyfie.. kita manja dengan kawan-kawan kita la kan. so pergi la Nu Sentral. sampai-sampai terus tengok wayang. ant-man. ntah la, tapi aku rasa cite ni macam cliche la. macam maketh man tu. apa ntah nma cite tu da lupa pulak. aku rasa cam paper towns yang orang kata tak best tu lagi best. lepas solat zohor g la makan. syeno ajak makan kat man hattan. aku ni dah r tak penah masuk restoran tu. ikutkan je la. makan fish n chip. sedap gak r. tapi portion dia besaq weyyy. aku ni yang sedap melantak sayur dia. fresh kot. rasa rangup gitu. aku ni punya la excited nak rasa sup dia. mati-mati membayangkan macam mushroom soup. sekaliiii. aku tak tau la. sup sayur kot. macam puree baby punn ada. carrot2, sayur. aduyaaiii. hilang mood nak makan sup. lepas tu kitorang jalan-jalan la. nak cari baju. bukan aku tapi syeno yang nak cari. alih-alih aku terpengaruh sekali. sakan shopping kat uniqlo. pusing punya la banyak tempat. hahahaa. pluss!! akhirnya aku dapat gak headphone typo secara percuma! syeno la belanja! dah la makan pun dia belanja. banyak dia keluar duit hari tu. takpa la, she insist. semoga rezeki dia bertambah dimasa akan datang. btw, thanks for the deal yang kitorang buat. aku takmau cite sini. just in case aku tak ingat dah, ko lah yang cite nanti k? sebelum balik macam biasa la sempat bergambar duluuu. 






so ni lah rumusan selama dua ke tiga minggu ni. nanti aku rajin-rajinkan tulis blog lagi ye

ttyl




Labels: , , , , , , , , , ,

15.7.15 | 0 Cloud(s)
G.I.F.T 2015

Bismillaah,

hari isnin lepas, 27 Ramadhan 13 julai 2015, alhamdulillah. lagi sekali aku dapat luangkan masa bersama dengan sahabat dunia akhirat aku. fivers' 10 smka kl gen19. aku dengan batuk, selsema lah. tiba tiba dua tiga hari sebelum tu ketumbit pulak kat mata. macam-macam hal lah. almost tak jadi g sebenarnya. dengan gado dengan best friend lagi. hailorhhh. harap-harap tu first and last la syeno. aku paling benci gadoh ngan hang dan aku paling tak suka orang-orang yang aku sayang left me behind. *harap ko pandai-pandai la stalk blog aku ni. so buleh r baca. hahaha

tapi aku tiba-tiba teringat quotes dalam novel pakar - fixi.. 
dalam hidup ini samada kita menyesal buat sesuatu atau kita menyesal tak buat sesuatu

aku taknak rasa menyesal tu datang kat aku. aku dah menyesal sekali sebab gaduh dengan orang yang paling aku sayang selain keluarga aku, so aku tak menyesal buat kali kedua. kalau boleh aku nak jumpa semua orang. tengok senyuman dorang, gelak, nonsense, sembang dorang tu lah pain killer aku yang paling mujarab. senang cite, jadi gak r petang tu. ayah syeno amik. sek bek tak jem. tunggu la kejap dalam sejam. pastu azan. makan kurma dulu *smakl kannn... hahaha. dah solat-solat baru gerak ke kantin. amik kaawww. terkejut aku tengok iftar hari ni NASI KERABUUU!!!!
Aku tak penah makan wey nasi kerabu ni. memang tergamam gak lah. dah pikir, kenyang ke tak aku makan ni. tapi nak tak nak kena la makan gak kan. huhuhu. ramai yang tolong aku. arigato gozaimas. dah makan tu boleh laa. aku amik sket je pun. 
eh! lupa nak cite qidwati bawak anak dia!! aduhhh comel sangat raihana sofia! dia pun makan dengan husband dia je. yela, orang da khwin, dah ada anak. kami ni hanya mampu melihat je la. hohoho. dah abih makan-makan. macam biasa lah, ada sesi bergambar-gambar. fon aku buat perangai satu hari tu. memang kena sumpah dengan syeno aku rasa. so pakai gopro pun kejap-kejap je la. dah amik gambar sume bergerak ke surau.

ontheway nak ke surau tetibe mushi bagi aku rm20. pico suro pass kan. madam dia bagi. nak jumpa aku segan. choii!!! kalau dulu yela acah-acah segan bagai. skang ni dah masuk kolej, malu dengan laki tu still ada, tapi boleh control la sebab dengan patient suma mesti ada lelaki. dengan kawan-kawan, senior (?) lagi. so dah tak kisah sangat lah. aku mula-mula berkira-kira gak nak g ke tak. tapi tu lah, pikir balik buat pa nk malu. nak cakap terima kasih je pun. so patah balik la ke kantin. good. tinggal pico dengan kamil je dok kemas-kemas barang (depa ni memang baguih dari dulu kaa) sek bek wanie aziz ada gak. lagi r tak rasa segan segan sangat, so dia perasan la yang aku, syeno wanie ama ngan yatt datang ke kantin balik. siap gtau kamil nak jumpa aku tapi segan..takut dia tak kuat la,. aduhh poyo je la korang ni..haha. so sembang la sket-sket. siyes dah tadak nak segan cam dulu-dulu walaupun mamat ni x-scandal aku dulu. HAHAHAA. just kiddin'! lepas tu kitorang pun amik la gambar lima hamzah. aku agak dah mmg rmai tak puas hati sebab gambar dorang takda. lagi-lagi yana! haha

lepas tu kitorang pun balik la. g tarawih, abih 8. kuar terus. budak-budak ni lepak kat luar ja rupanya. pastu ustaz sani datang, ustaz kam datang. sembang-sembang sket. dah ramai sket, kitorang gerak la moreh kat nursya. haha. memangg aku makan la. lapaq kot! time tu suma laa dok bincang sapa lagi nak kahwin lepas ni. betul la anum cakap, dulu bila jumpa tanya ko study mana skang? bila exam? skang ni weyh, dia tengah pregnant kan? dah dua orang ada anak, lepas ni dia nak kawen kan? ko bila lagi? ko keje kat mana? ke tengah intern? hahaha. nampak laa kat situ masing-masing dah besar. yela. student smakl pun dah abih dah yang kitorang kenal. 22 tahun dah weyh. LIMA tahun dah tinggalkan sekolah tu. kejap je rasa. 

aku memang sentiasa berdoa, semoga Allah panjangkan lagi nyawaa aku. aku tak ready lagi nak tinggalkan dorang. 

my pain killer,
my flashlights =)








Labels: , , , , , , ,

7.7.15 | 0 Cloud(s)
Happy 30th Birthday AG COCO!

Bismillah,

so, hari ni genap la umoq crush aku 30 tahun. haha. awat laaa hang minat orang tua. lantaq p la. kalau hampa tengok konfem tak caya umur da masuk 30sen! hahaha. aku betul-betul start minat time tengok versus hari tu. dia di interview oleh aidid marcello tu. perghhh, loghat kedah dia. piaawww gitu! sebenaqnya, da lama kenal ag ni. i mean bukan kenal kawan la. sampai la ni tak lagi. hohoho. mesti la kenal HUJAN! sapa yang tak penah dengar lagu BILA AKU SUDAH TIADA konfem la budak-budak layan nasyid je ni. aku rasa budak layan nasyid pun tau lagu ni kot! so lepas tengok versus tu la memang tak boleh blah punya crush. dan loghat kedah dia pun mirip seseorang la yang aku kenal. huhuhu. tu sebab lagi minat ag kot. aku suka rambut panjang dia tu. time aku bela rambut macam pontianak tu selalu la tanya ainur, roommate aku yang hadap je aku meroyan depan tv bila tengok idola kecil. dok tanya rambut sapa lagi panjang! laa ni, konfem2 la dia menang. takpa, aku akan bela balik!

pastu aku tak ingat cam mana...oh ya!!!! dalam ig syindah, dan2 dia bergambar dengan ag. masa tu yuna wat show kat manchester. sakan la aku suro syindah mintak sign kat ag. dan dia buleh layan je pulak tu!



tipu la kata aku tak excited kan bila dapat ni. lepas tu masa pun berlalu...buat aku tertanya (choi! tu lirik lagu baby ana milik siapa!) aku just follow je la aktiviti dia suma blablabla. tak ingat dah. sampai ada event kat uia. pah siap gtau dia yang aku minat dia gila. siap cite yang aku sakit. perghh. tak boleh blah tu, kuar makan terus tanya mana kawan tu. dan for the first time ever aku dapat bergambar dengan crush aku. kat yuayyeii koo. xD


dalam hujung bulan 12 time aku nak op tu, si syeno send gambar ag kat wassep siap ada ucapan. dan tak boleh blah nya aku siap post kat ig ngan fb. kantoi busuk kat sume orang aku minat guitarist hujan ni. haha. suprisingly! ag pun comment kat post tu. well, sume ni atas bantuan syindah gak la. hahaha. gambar tu ada kat entri-entri lepas. malas dah nak gali balik. siap bagi nasihat bagai..aawwww *dah! stop the crap please.

tahun ni dalam bulan 3 tu, aku sempat join showcase nastia. dan main sebenar untuk jumpa ag coco ja. hahaha. dengan bantuan araw, aku pun dapat bergambar dengan dia. most suprisingly dia kenal aku! 



duhhh. gempok giler aku waktu ni. okay, ni sume penangan steroid ye! hahaha. so, macam tu la aku minat dia suma sampai la skang. dah la buat lagu sume jahat-jahat! paling best dan lattest wat masa ni MASHUP AMIR JAHARI & RAIHAN. AWESOMEE GILERR!!!!





Rasanya boleh dengar. so dengar la ye.

okay, semua di atas hanya la duniawi. yang ukhrawi nya kita da pun masuk ke fasa terakhir ramadan tahun ni. sekejap je rasa. dan alhamdulillah, masih diberikan nafas untuk aku bernyawa hingga ke hari ini. mari lah kita sama-sama berdoa supaya dikurniakan lailatul qadr. kan best kalo boleh renew lailatul qadr tiap tahun. tapi sayang, bukan senang nak jumpa. so, ganbatte kudasai!!!!!













Labels: , , , , , , , ,

6.7.15 | 0 Cloud(s)
Di hatiku

Bismillah,

Alhamdulillah, akhirnya semalam sempat jugak bertemu dengan kakak-kakak NURSING GENERATION (NG) dari batch atas-atas. NG ni kira usrah aku kat PPUM la. dulu masa awal-awal pergi, anak kak su je yang ada. semalam pergi MasyaALLAH tabarakalallah! dah ada 8 orang kanak-kanak. meriah dengan bunyi budak je. seronok sangat! ^^

mula-mula aku ingat tak jadi dah pergi. tapi ada sorang hamba Allah ni dok tanya aku pergi ke tak. hmm, mesti lah g kalau dia pergi! haha.okay tipu ja. kaknad pergi. so ada geng la. aku taktau kenapa dengan batch aku, semua buat hal masing-masing je. lantak p lah. ada masalah la kot. aku sampai dah awal, tunggu kaknad la nak gerak sama. alih-alih sampai 2 episod parasyte aku abihkan dia tak mai2, sampailah dah nak azan magrib pun.


baru la kalut nak cari rumah no bape sume, sek bek satu jalan je rumah misi-misi ni. dah nak azan baru kaknad sampai. pastu kami pun makan-makan je la. tak sempat nak sembang sangat. rupanya depa dah sembang awai! alaaa, rugi tak mai terus je tadi. huhu.
so ni la antara kenangan semalam. 
balik-balik rumah singgah mamak, melantak sungguh-sungguh. balik tu ostad mesir tu wassep tanya buat pa kat kedai mamak tadi. damn betul. kantoi busuk makan tak semenggah. so, lepas ni.. please behave ye nak makan mana-mana pun. =.="









kak shad sempat hadiahkan buku ni semalam! tak sentap lagi taktau la. double dah ni!

our little princesses maryam hana and khadeeja. comel sangat wey



pagi tadi ada notification kat fb pasal iftar gen19 smakl pulak. kalau umur panjang, kalau Allah izinkan. INSYAALLAH =)




Labels: , , , , , , , ,

5.7.15 | 0 Cloud(s)
Hati, Kuat sket!


Terpulanglah, mau jadi apa
mau jadi hantu,
mau jadi buaya.

tolong la stop pacak. kau dah tau semuanya kan?
kau nak tunggu apa lagi kat situ?
buat invisible sampai orang lain tak nampak kau?
wake up wake up dear

Labels: , , ,

5.7.15 | 0 Cloud(s)
From London with Love

Bismillah,


Hari ni dapat hadiah dari bang nwa!!! Bestnyaaaa. Rasa macam budak-budak je. Tapi lantak la. Ada aku kisah! Dia g london hari tu. Tu yang sempat beli macam-macam benda comel ni. ^^


                 



Bananaa. Bananananaa.. Banana.. Potato laaaaa~~ minions pun adaa!!! 



Dann... Welcome to the world princess Aisha! Kak Alia selamat bersalin 2 Julai 2015 jam 1827h. Comel sangat *baby mana yang tak comel pacak oii.. Ringan 2kg lbh je. Caeser sebab heartbeat makin low. Bila da baby bawak kuar baru tau tali pusat terbelit. Alololoo. Kesian aisha. Btw, aku kan baru g conference love, Aisha hari tu. So aku tunjuk la vid dia kat Alang. Dulu da berangan konon2 nak nama anak Aisha, sekali kak Alia steal dulu! Hahaha. Takk kisah la. Aku happy je ^^




Semoga Aisha menjadi seorang wanita yang solehah dan beriman persis Aisha RA ☺️


ps; mama memang suka tidoq time bergambaq








Labels: , , ,