Scintillate Zenith | Sparkling at the greatest peak: Salam Aidilfitri 1436

Entry About Shout Friends Follow D'Board


  • Konichiwa! Watashi wa FaSyark desu. Nice to meet you!


owner

Contact Me

credits
31.7.15 | 0 Cloud(s)
Salam Aidilfitri 1436

Bismillah.

tak sangka dan syukur ku pada ilahi.. hidup lagi aku sampai ke saat ni. so aku dapat lah berpuasa tahun ni dan beraya di sabak bernam. hari first raya tak ramai pun yang ada. mak uda, abang didi, angah nenek. tu je la. yang len balik raya ke2, ke3... dan benda paling best, phone aku buat hal pada pagi raya!!!!! stress bapak weyyy. whatsapp suma tak boleh nak reply. gambar pun tak boleh nak save sangat. huhuhu. frust menonggeng gak r time tu. so ni je la gambar raya yang aku save. yang len da masuk dalam instagram. malas r nak cari balik



raya ke3 bertolak ke ganu! ohhh lupa. sepanjang balik kampung ni, ada puteri aka anak kucing ikut kami sekali! kecik ja. dia datang ke rumah. so kat tganu tak g mana pun, cam biasa tempat2 wajib tu mestilah ada. rumah tokki, tok non, tok umi, dan yang terbaru pakcik din sedara baba. dah jadi wajib pulak. heee. tapi yang bestnya, kitorang baru discover tempat amik gambaq best, china town dekat pasar payang. panas gila weyyyy.. padan muka hang sampai hari ni muka menggelupas lagi. huuuu.


dah hari raya ke5 kami pun pulang lah semula ke kolumpo. first time wey, duit raya kat ganu lagi masyukk dari sabak. yang bestnya tok r. sebelum ni punya la susah nak bagi duit raya. sekali amik hang. nganga la jugak. takpa2, rezeki ni. buat beli ubat! dah sampai rumah, kemudian aku post r gambar jemput datang rumah.. hee. dan khamis muncul la geng2 5 hamzah! thank to yana sebab jadi P.A aku dan posmen aku untuk syeno. gedik je minah tu nak acah-acah gaduh ngan aku lagi. menyampah mak.. hahaa








well, i'm soooo happy on that day! dorang dah macam family aku. pico pun caring dari dulu. haha. dia x-ketua kelas okay, xda mende-mende ponggg.dan suprisingly syammir datang wey malam tu. mak aku r ajak. good timing datang serentak dengan ayah syeno. dah macam ada apa-apa ja dua ekor ni. curious aku. nak g rumah aku pun wassep syeno dulu ceyhh. tapi, pemalunya ya ampunnnn...sengih memanjang. lantak dia r. dia sembang ngan bapak aku ja. hahahaa. esoknya aku dengar kamil pulak excident, tapi alhamdulillah tak teruk sangat.


sabtu, aku sempat jap g open house syeno sebelum ke perak hantar acik. tapi tak syok r. muka tengah burn, menggelupas, baju comot, tudung comot. haihhh. memang silap betul aku pakai baju ni. tapi syeno dengan bangganya boleh pulak post kat ig dia. memang la minah ni tak penah wat aku tak bengang. grrrr.. -.-"





Minggu depannya.. ouhh..yaaa. aku sebenarnya tengah recall balik ni. sebab banyak dah missed kan. isnin tu kakwan tanya boleh tak datang rumah. aku pun ofcourse la boleh sebab birthday sya time tu. ingat boleh la celebrate sekali. dan budak-budak rumah 35 aka anak-anak aku pun sampai. birthday girl yang takda!!! kat kelantan lagi. laaaaa. so kami pun teruskan je la kehidupan kami. hahaha. makan-makan kat rumah. pastu sapa ntah ajak tido kat rumah dorang. kebetulan besoknya memang ada appointment pun kat ppum. dan secara random la ikut dorang naik kete, kak zatus drive terus sampai ke mid valley! teman orang bukak puasa.. yang puasanya sorang ja. kakwan! pastu jalan-jalan jap. pukul 10.30 tengok paper towns! serious aku suka cite ni! tak sedih wey. lawak gila. dan banyak metaphor. besttttt.




sebabkan sya takda, maka aku pun dengan rajinnya siap edit gambo buh gambaq dia skali! baru la complete. ainur pulak bagi pinjam komik lawak kampus ni. siap pakej dapat duit raya frozen dan kad raya comel gilaa! thanks roomie. love you alwaysss.




khamis tu lepak ngan my soul sister ni pulak la. aku pun tak tau kenapa aku dah tak reti bergurau sangat ngan minah ni. acah over sket sentap la. haha. tapi tak yah pelik. sentap 2 minit huha huha balik. acah acah manja je tu. yelaa, kita takda boyfie.. kita manja dengan kawan-kawan kita la kan. so pergi la Nu Sentral. sampai-sampai terus tengok wayang. ant-man. ntah la, tapi aku rasa cite ni macam cliche la. macam maketh man tu. apa ntah nma cite tu da lupa pulak. aku rasa cam paper towns yang orang kata tak best tu lagi best. lepas solat zohor g la makan. syeno ajak makan kat man hattan. aku ni dah r tak penah masuk restoran tu. ikutkan je la. makan fish n chip. sedap gak r. tapi portion dia besaq weyyy. aku ni yang sedap melantak sayur dia. fresh kot. rasa rangup gitu. aku ni punya la excited nak rasa sup dia. mati-mati membayangkan macam mushroom soup. sekaliiii. aku tak tau la. sup sayur kot. macam puree baby punn ada. carrot2, sayur. aduyaaiii. hilang mood nak makan sup. lepas tu kitorang jalan-jalan la. nak cari baju. bukan aku tapi syeno yang nak cari. alih-alih aku terpengaruh sekali. sakan shopping kat uniqlo. pusing punya la banyak tempat. hahahaa. pluss!! akhirnya aku dapat gak headphone typo secara percuma! syeno la belanja! dah la makan pun dia belanja. banyak dia keluar duit hari tu. takpa la, she insist. semoga rezeki dia bertambah dimasa akan datang. btw, thanks for the deal yang kitorang buat. aku takmau cite sini. just in case aku tak ingat dah, ko lah yang cite nanti k? sebelum balik macam biasa la sempat bergambar duluuu. 






so ni lah rumusan selama dua ke tiga minggu ni. nanti aku rajin-rajinkan tulis blog lagi ye

ttyl




Labels: , , , , , , , , , ,

0 Comments:


Post a Comment