![]() |
![]() Entry About Shout Friends Follow D'Board |
owner
Contact Me
credits
|
![]() 30.6.15 | 0 Cloud(s) Blogging just my love.Bismillah, Sebulan yang lepas aku cuba pakai sistem TN - TRAVELLER'S NOTEBOOK. tapi what i found is, the system not suite me well. dulu aku memang suka tulis diary-diary ni, journaling sume ni. tapi ntah, skang ni dah malas nak menulis. mungkin susah satu hal kot. tapi aku lagi prefer blogging la. maaf ye cik blog, saya cuba curang dengan sejak kita dah bersama dalam empat tahun ni. haha. Well, since dah lama aku tak datang sini, banyak jugalah benda yang aku tak cerita kat sini. huhu. sayangg. we'll see. dari lepas keluar wad. okay! aku, nani dan adik-adik, syeno pergi FLORIA! wat perangai betul. baru 2 minggu keluar wad dah gatal nak berjalan. 04062015 | Khamis | Floria, Putrajaya
look here! jumpa dina donut dengan najwa kawan maahad! sempat lagi. haha.rindu nyaaa geng2 maahad wey. tengok paper bag tu! thanks wa, best buku tu!
budak ni comel betul! asma'
aku patut tunjuk kat kemal ni. tapi lupa. haha
Sebenarnya, tiga hari sebelum ni aku ada masalah jiwa sket. patah berjuta kot!!! aku da tulih kat TN aku. kalau boleh takmo ingat dah. lepas peristiwa terus tawar hati kot. memang la susah nak buang rasa tu, tak dah makin pudar la. well, i'm okay with that. lagi pun dah kembali normal cam biasa pun. boleh call2 lagi, sembang pasal anime segala benda. i'm comfortable with that way. :)
okay, lepas tu....apa ya? jap nak pikiaq. ouh! okay. pergi melaka dengan PD! first time g klebang. sekali kereta jerlus kot! masuk dalam tanah. dalam pulak tu. tapi panaih nyaa yarabb. aku burnt terus muka balik tu. pegi PD cam tadak pa. makan ikan bakar je la. pastu g muzium lukut tengok tempat bersejarah. kubu dia suma. okay, tipu. kubu tu tak naik, sebab atas sangat. xD
06062015 - 07062015 | Sabtu - Ahad | Melaka - PD
selasa depannya, date dengan kakak-kakak la pulak. punya lama kot buat planning ni. tak pernah jadi. finally alhamdulillah, Allah allowed it. pergi setia alam city mall pun jadi lah. main belon, pastu layan san andreas! best gila!
09062015 | Selasa | Setia Alam
sabtu minggu tu ALHAMDULILLAH!!! dapat jugak pergi event love, aisha ni. aku ingat dah tak boleh pergi dah sebab sakit kan. but AS LONG AS I CAN RUN, I WILL RUN, AS LONG AS I CAN WALK, I WILL WALK, EVEN AS LONG AS I CAN CROWL, I WILL CROWL. turun-turun esculator terus jumpa mizue dengan keyya! happy giler time tu. balik tu jumpa kawan akmal kat Iucn dulu, kak ain. seriously, aku memang suka surrounding time tu. alangkah indahnya kalau the whole malaysia macam tu.
13062015 | Sabtu | PICC
Wooww, banyak betul plan aku masa ni kan? macam-macam benda nak buat. again alhamdulillah, Allah bagi aku kesihatan untuk terus bergerak.
tak habis lagi tu, minggu depannya lepas hantar acik balik uitm seri iskandar dia, kitorang pergi cameron! lama dah rasa tak sini. sejuk lagi. best! dapat makan strawberry sampai nak muntah je rasa. hahaa. sampai-sampai cameron terus dicuci mata ni dengan hot stuff mat salleh. satu bus kot! summer kot. depa mai tempat sejuk la. hotel pun best!
15062015 - 16062015 | Isnin - Selasa | Cameron Highland
Balik cameron rasanya tak gi jalan luar dah rasanya. yela. sebab dah start ramadan! alhamdulillah, banyak kan benda yang aku kena syukur kat tuhan. sempat lagi jadi tetamu dia tahun ni. aku kononnya nak wat #pamramadan tu tapi tak jalan la. aku da makin malas menulis ni. kena paksa diri baru jalan. semuanya berjalan lancar, sampai la 22062015.
hari tu birthday kawan baik aku. kawan yang paling aku sayang kat dunia ni. malam tu elok la wish dia, sakat sakan macam biasa la. tapi besoknya tetibe setan datang (tipu! ramadan mana ada setan woi!) lantaklah tapi aku rasa macam aku jeles dengan dia. bukan jeles menda pun. aku tetibe terfikir, seronoknya dia. 22 tahun hidup dengan sihat, ramai kawan, ramai crush (HAHA), pandai, semua la. dia ada masa depan yang cerah. bukan macam aku... aku sakit, even aku takut nak buat plan untuk jangka masa panjang sebab aku tak nampak clear pun masa depan aku ni. YA ALLAH. Time ni rasa macam hilang tuhan, hilang iman, hilang aqidah sume. down gila. yela, kalau sebelum ni dengan dia la aku cite sume. but not anymore. dia pun da banyak rahsia2 dengan aku. nasib baik kak saadah ada. dan Alhamdulillah untuk kali ke berapa, aku teringat kata-kata saffana
kita tetap kena tunduk sebagai hamba, tapi terus berjalan sebagai KHALIFAH DI MUKA BUMI INI.
Teringat quotes ni macam wakeup call. aku da boleh fikir dengan waras balik dah. tapi...... once dah jauh hati. tu yang susah. sebab aku ni jenis liat sket, heartless, seminggu aku tak wassep dia, tego kat twitter pun tak, kat fb pun dia yang semak (memang keje dia kaco hidup aku ja kat fb tu) hahahaha. and tetibe dia tego aku semalam tanya aku marah dia ke tak sebab tweet aku macam nganjing-nganjing orang. puas la aku cakap untuk aku la apa la.. memang tak boleh nak tipu la. nama pun member baik kot! well, aku pun ngaku la. aku rasa bukan sebab atas tu dah aku jauh hati ngan dia lama camtu... tapi sebab lelaki. ye. aku rasa macam someone had steal my friend! i is sad tau tak. that guy siap confess, tapi dah kena reject la. hahaha. bukan 1 guy je kot. aku rasa 2. macam menyesal bagi nombor kawan aku ni kat mamat tu. again, i felt left. walaupun aku ada ramai lagi kawan yang sayang aku. still, i feel left behind. tapi masing-masing dah besar kan? malas la nak gado-gado bagi2 surat cam zaman sekolah dulu (aku jumpa balik kot surat2 zaman sekolah! sat g nak baca la! hahahaa) aku tau problem aku ni, once dah merajuk, bukan senang nak pujuk balik. lagi2, bila perangai sarcastic, heartless dia datang balik. aku memang suka buat kawan baik aku menangis dalam diam. aku taknak dia jadi macam alai. aku memang bukan kawan yang baik. well, i'm try to be. tengok la macam mana lepas ni. huhu.
aku just harap aku masih boleh hargai insan-insan keliling aku... sebelum terlambat....
aku harap..kanser tu akan hilang one day. dan aku akan boleh kerja, happy macam biasa. =')
hari ni 01072015, minyak naik lagi. bak kata Ag kt twitter, penat dah bercinta dengan malaysia ni. selalu buat orang frust. huwaaaa.. semoga dapat bayar hutang-hutang semua (jangan lupa hutang fidyah!) xD
I'm quite a loner and i love it to be honest.
and.....
those who are HEARTLESS once cared too much...
Labels: famILY, fighting cancer, Holiday, Me, me :), me-my friends :), Memory, memory :), muslim life, news, random :), you :)
![]() |
0 Comments:
Post a Comment