Scintillate Zenith | Sparkling at the greatest peak: Chosen One

Entry About Shout Friends Follow D'Board


  • Konichiwa! Watashi wa FaSyark desu. Nice to meet you!


owner

Contact Me

credits
9.10.14 | 0 Cloud(s)
Chosen One

Bismillah.

hari ni 10 Oktober. sebulan lebih je la dari tarikh entri lepas. tapi.. dalam sebulan ni siapa sangka tuhan nak duga besar camni. aku kan sebulan orientasi. tapi still cakap pasal sakit tangan tu. i thought biasa-biasa je sakit. tapi hari 14 September 2014 time nak g  OU, sakit yang amat so g la Trauma PPUM. buat Xray segala. tapi normal finding. doctor situ pun cakap macam frozen shoulder je. so okay la. xde apa yang teruk. tapi nasib baik doc sana still refer ke Ortho clinic. so, besoknya MC la g ke ortho klinik. kt situ doc diagnosed rotator cuff tear pulak.. ok fine, aku buleh embrace lagi. dia suro buat ultrasound dengan physio. rabu 16/10/14 pegi la ultrasound pulak. time tu prof tanya bila bengkak ni? aku macam ehh???!! bila bengkak?? serius aku pun tak perasan bila bengkak segala ni. so, doc sana risau takut osteosarcoma. so, dapatkan appointment untuk MRI urgent. okay.. time tu aku dah tak buleh dok diam dah. malam tu menangis gak la wey... pahal sampai cancer?!! aku penah nangis time malam nak exam BLS. dan aku da gtau kak hikmah kalau tetibe nangis ni, mesti something bad happen. tapi jangan la sampai kanser!

aku wat rilek lagi time tu, khamis g la physiotherapy for the first time. jumpa abang hensem..padahal xde la hensem giler pun. biasa2 ja. En Naza. buat la iced therapy, exercise yang macam harem sakit dia, padahal angkat batang kayu je pun. pastu kena elektrik. kire minggu ni banyak kali gak r skip kelas. heheee. esoknya g r MRI urgent nyaa. tapi still xtau result lagi. seminggu lepas tu gigih ke kelas cam biasa. naik lrt suma. tapi jumaat tu macam dah tak tahan tiap malam asyik terjaga je, sebab sakit, g r staff health. skali amik ko! doc staff health cakap ini ada fracture ni. kat trauma they missed it. da mri dengan u/s dua2 tunjuk TRO osteosarcoma. so, dia terus referkan ke ortho onco clinic. fuhh... time tu, dalam hati tuhan je la yang tau. masih mengharap besar bukan osteosarcoma. selasa depannya 30/9/14, g r ortho onco clinic balik. at that time memang ramai la doc2, prof suma datang ke bilik tengok result. memang dah most probability osteosarcoma. so, terus admit wad 9u. aku dah r minat giler wad 9u, skali admit sana pulak. besoknya terus buat biopsy under GA. cuak giler memula, tetibe kak seha mai! dia yang assist time op. heheee... tapi ok time tu, sedar2 terus xde rasa pening, pukul 12 naik wad pukul 2 dah meroyan nak turun, yela nak PU, nk solat lagi. tapi memang alhamdulillah la okay sangat hari tu. drip pun mintak akak off kan. siap pukul 4 da makan donat. petang tu memang ramai giler r datang. matron2, CNO suma mai, ustaz datang. fuhh, memang meriah la. tu tak kira kawan-kawan lagi. tapi masa tu, bila puan Hariani datang terus nangis teruk seyh. sister sini datang pun meleleh gak. AK datang gak..bawak kek. hee...dah 4 hari berkampung, aku boleh balik. tapi bukan sihat, kira balik untuk cuti raya. hahaa. malam aku balik rumah tu memang aku all out kan semua la dengan harapan  no more cry la after this. sehari sebelum masuk wad pun aku da ada strength nak gtau budak smakl. and i know, i'll never walk alone.


raya tetap raya! XD

selasa 7/10/14, aku patut lapor diri kat wad ICU, tapi aku lapor diri as a patient pulak kat 9u. huuu. untuk chemoport insertion, even though dia x gtau result lagi. tapi dah sah2 la macam konfem, jadahnya dia nak suka-suka masukkan chemoport niyh. so, petang tu ada family conference, dgn prof azura skali. yang ada time tu mama, ucu, angah, hemi ngn haziq pun ada. dan kat sana la dia explain betul2, konfem osteosarcoma cuma staging xtau lagi. xpa. aku bukan jenis denial sangat tapi still sedih la wey. nak kje kot!! kena diagnosed kanser!!!! tapi tu r dah ketentuan Allah.

aku rasa kena sambung part 2 nanti sebab batery nak mampuih dah ni!
xD

0 Comments:


Post a Comment