Scintillate Zenith | Sparkling at the greatest peak: The Chosen One (Part 2)

Entry About Shout Friends Follow D'Board


  • Konichiwa! Watashi wa FaSyark desu. Nice to meet you!


owner

Contact Me

credits
14.10.14 | 0 Cloud(s)
The Chosen One (Part 2)

Bismillah.

Okay, sambung bercerita. dekat rumah lagi sekarang ni. esok baru ada appointment dekat Onco Clinic. Tempat yang aku selalu pergi time internship dekat 6TE dulu. memang planning Allah itu indah.

Sambung pada tarikh 7.10.14... hari patutnya aku melaporkan diri di wad ICU dengan ewa, teha zara, izzati rahim, mirul, sheryl, berry! tapi apa yang aku dapat, memang confirm dari biopsy yang kami buat ada cell barah, osteosarcoma. cuma staging je belum buat abih lagi. tapi time tu aku dah tak larat nak nangis. sebenarnya senang gak aku nak redha rupanya. haha. nak move on je yang payah. haaihh...cuma aku ada tanya last soalan dekat doctor. kenapa aku yang kena or...kenapa aku boleh kena. since that, xda family history pun pasal cancer ni. dan prof azura dengan tenang cakap, benda ni by chances. seriously, bukan depends kt family hx je, so, aku wat conclusion dah takdir Allah la.. tapi aku tak tau, tertulis gak status lagu ni kat fb. huu..dan subhanallah aku tak rasa keseorangan. aku tau aku ada Allah.. dan friends kt fb tu bukan setakat friends semata-mata. i felt touched. =')


besoknya, aku kena pergi OT lagi. untuk chemoport insertion. lagi sekali, under GA. uurghhh.. tahukah anda, GA tu sumpah tak sedap, general anaesthesia. dia bagi gas dulu, bau tak sedap gila, bape kali sedut pastu ko tak sedar apa-apa sampai la da ada kat recovery. tapi kali ni aku punya pening gila. sampai kat recovery macam-macam aku nak wat pegang kepala, cabut face mask. tapi yang syoknya keliling kawan-kawan aku wey! aku perasan ada kak ummu, ain razief, rahmatnisha, tika razali. yang len kabur2. balik-balik dari wad, staff nurse kata kawan dari kl datang. dalam pening-pening tu aku terfikir gak. dah memang aku dari kl, kawan mesti la kl gak. len kalo titibe dia cakap kawan dari kedah. hahaa. bukak mata nampak bella! bella smakl! huuwaaa... terus meleleh time tu jugak. dia da sampai before aku naik ke wad lagi. tak lama pastu datangla zot, zal, mahirah, peja, kak yus, nini, pah, nazihah.. macam kek dorang bawak. tapi memang aku tak boleh angkat kepala pun memula tu. borak la kitorang macam wad tu prep smakl. haha. dorang dok bergambar sakan. time nak balik zot ada selit, sampul duit raya, kertas doa dengan gambar polaroid. lagi skali meleleh. TERHARUU WEY DORANG MAI....T.T

tak lama pastu aku tertido, tapi terjaga balik sebab rasa macam orang berbisik depan aku. celik-celik mata, kak zihah ngn kakak mira IJN. uya ada kat bawah. pastu datang kak seha, akmal, ustaz, kak syida, ngan kakak onco paeds sorang lagi.  time tu memang segan gile r, dua mamat kat depan tapi aku dok terlantar baring. akmal dok cakap, xpa tido je jangan lawan. orang malu ngan ko paham tak?!! pastu time akak2 tu nasihat bagai lagi skali jatuh air mata mahal ni. double malu sebab ada jejaka2 tu! haaihh..pastu datang geng CICU, own ada gak. tapi aku dah lantak ko r. hahaa. kaknad bagi suap nasi time tu. memang rasa kelat sket r. pastu datang berduyun-duyun geng KD28. sampai kena beratur, ikut turn! hahahaa. retis hospital ni.geng wad 4U bagi teddy yang scarry but cute. syafiq ngan afiq r ni beli.. petang sket datang mizue, syeno, ily, yana, sashark. lagi terharu sebab dorang datang dari nilai kot. pastu lagi tak sangka azim. fazil, araw, dahaz mai jugak!! aarghh segan! fazil tanya macam doc da wey.. petang tu memang macam pesta la kat cubical aku. penuh makanan, hadiah. nak maghrib papa long, mama long datang bawak buah2. budak2 ni kena bebel sebab bawak sugary food! wakaka.. kesiann..




ohh yaa! pagi puan aziah datang bagi quran ngan tasbih =') 


pagi esoknya, balik dari xray, nampak saffana! lagi r hepi! punya la plan nak g mid sama-sama alih jumpa kat wad. hehe. pastu mama keluar nak tengok acik jap. dan-dan acik masuk wad gak sebab kurang darah. tak lama pastu rai, anis azmi, mimie, nalut, nadio, insyirah datang. lagi skali wad tu da macam prep smakl! banyak sangat buku dapat! note book typo wey! punya la aku nak dulu, Allah bagi free skang. dengan kad2, belon, bunga yang comel. insyirah siap bawak teh pudina ngan kek cokat homemade. seronok sangat wey. petang tu cam biasa geng ppum pulak datang. yan ngan kak fary pun lawat. ni mesti abang dia yang suro! lagi syok siap bawak jus epal sejuk ngan jeruk! hahaa. lepas gian jap r minum air sejuk. petang sket che liza datang, dari meeting katanya. ayahcik, anis, irfan, mia ada skali. tapi sekejap je la sebab da nak pukul 8. malam tu mama datang balik. ingat da xda orang. skali dengar suara orang laki. ingat doctor ke apa. selak curtain memang bakal doc pun. big bohh datang! hatim ngan akmal. budak-budak datang sembang ngarut pasal nanti kawan mike datang r apa r. bengong gile. dan malam tu memang aku tido lewat! >.<


pagi, jumaat 10.10.14 ...aku rasa aku boleh balik da kot. tak mungkin nak start chemo terus. time ward round, hatim datang lagi dengan kak syafiqah, kak intan, kak hakimah. da final year dorang suma! dok lepak2, ada patient laki tego, macam kenal...asyraf!!!! patient aku kt 6TE dulu. sembang lama gak r ngan dia. wat sesi kunseling skali. haha.. tengah hari tu aku da boleh balik. tapi member aku still datang! me so terharu la uolls. yatt, ama, wani aziz, wani man, mak uda, ira, pak uda. quyaa datang bawak pavlova!! sampai la time nak amik ubat. jumpa puan hariani. tengah lepak ngan dorang kat secret recipe, bintang pulak datang. ya ALLAH, sek bek sempat jumpa. bannyak lagi hadiah hari ni. balik tu macam orang lari dari rumah je. hahaa ..
balik rumah fakhrul datang bawak durian belanda! muda sebab tu aku poyo je makan. tapi muntah balik semua sebab pavlova aku telan macam naik hantu!





besoknya melepak kat hotel holiday villa. wedding ka alia! congrats to you! tapi malam tu shit aku boleh dengar bunyi piano pulak!


so, camni la aku meng'embrace'kan diri aku. jangan pikir sangat pasal sakit tu. enjoy your life. 

try to recapture the happiness within yourself
think of all the beauty in everything around you
and be HAPPY.

when there is a hope
there's life


walau pun semalam g klinik doc kata mets sket ke lung
tapi kecik je, 
so
say thank you ALLAH =)





0 Comments:


Post a Comment