Scintillate Zenith | Sparkling at the greatest peak: Moshi-moshi NAKAMA

Entry About Shout Friends Follow D'Board


  • Konichiwa! Watashi wa FaSyark desu. Nice to meet you!


owner

Contact Me

credits
1.9.14 | 0 Cloud(s)
Moshi-moshi NAKAMA

Bismillah.

Dengan gigihnya, walaupun tangan ni sakit tak tau pasal pa, aku nak gak tulis blog ni. walaupun da lambat dua hari kot. hehehe. ada satu hari tu, sembang-sembang macam biasa dengan syeno kat we chat. pastu dia cite nanti masa wedding kak nadiah (kakak syeno) ada dua orang kawan dari jepun nak mai! aku macam waahhh!!! nak joinnn. so dipendekkan cerita terukirlah memori indah pada 30 Ogos 2014 bersama YUNA dan Mai.
dan Wawa (housemate uitm syeno)

aku sampai KL Sentral dalam pukul 10. syeno dengan wawa da sampai. mula-mula cuak gak la. bukan cuak. takut awkward dengan wawa ni sebab mana pernah jumpa dengan dia pun sebelum ni. tapi bila dah jumpa, alhamdulillah. everything's gonna be alright. tinggi kot wawa ni. betul la syeno cakap comel. hahaa. ada kazen syeno skali. arinah. aku pun da tak ingat sangat. so, skang ni nak tunggu budak jepun ni la. lama gak. riso sebab takut dia tak tau macam mana nak ke KFC ni dah tempat tersorok sket. tunggu punya tunggu sampai jugak dorang. so bila jumpa suma salam-salam dulu. kenal-kenalkan nama. ouhh.. baru tau nama dia YUNA dan MAI. Mai vietnammese. blajaq kat jepun dengan yuna. dia pandai sket cakap english. yang si yuna ni habuk tak paham. thank you je la kot. haha. so, mula la perjalanan kami berenam. tapi, apa-apa hal nak kena cari selipar untuk mai, sebab dia pakai high heels. nangis wei kalo pakai heels nak jalan kat kolumpo ni. hahha.

#Dataran Merdeka
Naik lrt dari KL Sentral ke masjid jamek. sampai masjid jamek, nak turun la ke dataran merdeka. tapi silap laluan pulak! hadoii. wat malu kat pelancong je. hahaha. kesian dorang, dah la panas. so patah balik. nasib baik boleh masuk. sebab besoknya kan sambutan merdeka. so, kitorang tangkap tangkap gambar kenangan kat sana.




Okay. so, korang dah nampak ye yang mana Yuna, Mai dan Wawa!
yang baju hitam tu Yuna, baju biru Mai dan tudung hijau Wawa! =D 
Jom kite teruskan perjalanan....

#Pasar Seni

sebenarnya aku pun baru tau dekat rupanya dataran merdeka dengan pasar seni, kat belakang tu jalan sket je da sampai. sampai-sampai kat sana memang nak beli buah tangan untuk dorang bawak balik ke jepun la. aku tak tau la kenapa dorang xmau beli keychain, tshirt tapi dorang nak sangat beli cucumber soap dari negara dorang sendiri! ahahaha. lantak la. tapi ada gak dorang beli penutup botol yang ada gambar KLCC. sementara dorang beli belah, aku blah jap nak beli plug untuk dorang (nama dia plug  ke ea? alaa. yang guna mozek tulis-tulis tu la. tapi lupa nak snap gambar)...time nak balik, kebetulan ada transformers kat depan pintu! rezeki dorang la tu. so, lets picture tells everything!








sebenarnya..kitorang yang lebih excited bergambar dengan transformers tu. hahaha. lepastu jalan-jalan nampak buah. mai la excited gila jumpa buah rambutan suma. dia nak rasa, tapi tengok harga jual ikut kilo-kilo semua, mintak la kat pakcik tu nak beli sket boleh. dorang nak rasa. beli laa dalam rm3 nak rasa rambutan dengan mata kucing. satu benda aku perasan bila dia beli makanan semua kena rasa gak. bagus dorang ni. tiba-tiba yuna kata nak g tempat yang ada I <3 KL. sudaahhh... kitorang pun tak tau kat mana. kebetulan ada tour msia kat situ tanya la depa. rupanya kat belakang dataran merdeka tu je pun. patah balik r ke sana. nasib baik dorang sempoii.

#KL City Gallery

Dari jauh dah nampak i love kl tu. aku rasa bukan yuna dan mai je excited, budak budak kl ni pun tak penah sampai ke sana. otw ke sana nampak tugu negara replika plak. sumpah tak tau ada segala benda ni. mintak tolong pakcik polis sana tangkapkan gambaq. hahaha. pastu bergambar la kat i love kl tu! sebelah tu ada kl city gallery. alang-alang da sampai, masuk je la. free je pun! dorang nak naik yang bas kl hoop on pe benda ntah nama dia tu. tapi mahal sangat la untuk foreigner. so, jalan kaki je la. 








#Sogo dan Blogshop Fiesta

Dah puas berjalan ke kl city gallery tu, nak pegi sogo. lunch. otw nak ke lrt, titibe ternampak macam bazaar gitu. saja la masuk, sbenarnya nak amik angin gak. panas gila wey. nasib baik ada bateri. mai memang nak charge fon dia. syeno pun dia shopping tudung untuk majlis besok. jalan-jalan, kazen syeno cakap ada elfira, waaa! aku pun tak penah kot bergambar dengan dia. kira macam amik kesempatan la kata budak jepun ni nak bergambar dengan dia. hahaha. macam apa je. tapi gambar semua ada dalam fon yuna. la. lepas puas amik angin, kitorang sambung berjalan ke sogo. mai nak beli wallet untuk adik dia. tapi macam tak berkenan je. so makan je la kat food court atas tu. ni satu lagi. mula-mula ingat nak solat zohor dulu. tapi syeno kata dia xkan makan selagi semua orang ada kat meja makan. so makan la dulu. bagi dorang rasa cendol, abc, ngan laicikang. hehe. lepas makan kitorang solat jap. sebelum sambung berjalan kaki.....






dah berjalan kat sogo, dorang kata nak beli baju kurung dengan selendang buat kenangan. so, apa lagi. alang-alang hari sabtu kan. welcome to pasar malam jalan tar yang giler padat tu! haha. masuk je la memana kedai. yuna dengan mai berkenan sangat dengan satu kedai ni. dah pilih-pilih, dorang try la dalam fitting room, aku tak tau la size dorang ni apa. dah xs tapi pinggang still longgar. yang best nya, bila kuar dari fitting room, dorang nak pakai terus bawak kuar berjalan! ahhaha. kawaiii sangat wey. potong price tag, bayar la baju kurung tu yang da siap di pakai. sambung jalan-jalan nak cari tudung pulak. aku lari jap sebab dah janji dengan kak hikmah pulak. pastu jumpa tak jumpa kat masjid jamek! mule-mule kitorang nak masuk, tapi x buleh sebab time solat zohor. pelancong tak boleh masuk. ni lantak r! aci redah je masuk time solat asar sebab dah elok pakai baju kurung dengan selendang. macam muallaf mana dah aku tengok. hahaha. siyes comel!! kitorang pisah kat situ. sebab nak gerak ke klcc pulak dengan kak hikmah. hujan pulak petang tu....




okayy dah tambah lagi sorang! met my nakama. sharatul hikmah othman. hihi. lepas dari masjid, terus ke klcc. aku pun tak tau gila tabah la kaki ni. haha. jalan-jalan. dapat makan free lagi. tengok wayang free! layan gallows hill. paling rare sebab time iklan tu titibe kena berdiri nyanyi lagu negaraku. respect gak la sebab sume berdiri. hihi. balik ppum dalam pukul 10 mama amik. huwaaaa..penat giler kot!

besoknya g wedding kak nurul. tapi tak sempat bergambar pun, tangan aku sakit giler time tu. xda mood nak lepak lelama. tapi yang sedinya tak sempat nak jumpa yuna dan mai. syeno kata hari tu dia overshadow pengantin sebab pakai kimono dengan baju vietnam kat masjid time akad nikah. kawaaiiii.... dia siap tanya, where's fatin? alolooo...sedihnyaa... tapi dia bagi makanan dari jepun. aku tak sampai hati nak makan.first sebab takut halal ke tak. second sebab sayang! tapi kak nurul dah cakap benda tu halal. boleh di makan.
tapi aku tak makan lagi! xD






WELL,
this is how i spent my weekend and merdeka day! salam merdeka yang ke 57 MALAYSIA. di sini lahirnya sebuah cinta. 
terbang bebas, sebebas jiwamu =)




Labels: , ,

0 Comments:


Post a Comment