Scintillate Zenith | Sparkling at the greatest peak: Greatest Changes

Entry About Shout Friends Follow D'Board


  • Konichiwa! Watashi wa FaSyark desu. Nice to meet you!


owner

Contact Me

credits
19.5.15 | 0 Cloud(s)
Greatest Changes

Bismillah

Alhamdulillah. Dah genap tujuh hari. Maaf blog sebab dah lama lupakan awak. Sebenarnya banyak benda nak cerita tapi tak kesampaian. 

Tarikh 28.4.2015 ada tarikh yang Allah bagi kekutan besar untuk aku. Lepas buat ujian CT Scan bahu dan paru-paru hari tu, pergi la appointment kt ortho clinic. Dan prof vivek cakap tangan aku mungkin tak boleh diselamatkan sebab dia terlalu cepat merebak. Kalau tak potong dia akan pergi ke chest wall dan boleh mati disebabkan benda ni. Time tu aku macam terkesima. Sebab terkejut sangat. Sampai x rasa pun sedih ke apa. Lepas tu prof macam decide untuk buat amputation terus. Siap nak cepatkan nama aku dulu. Lepas tu aku panggil baba kat luar. Nasib baik baba yang teman hari tu. Baba pun lagi la terkejut. Anak dia yang dilahirkan normal bakal cacat. Aku tak tau la kalau mak aku yang teman hari tu. Dia tanya gak ada alternatif lain tak. And prof said unfortunately, no. Tak ada. Hmm. Siap tarikh op dah ada 13.5.15.. Lepas dapat appointment untuk admit ward, kitorang pun keluar dengan fikiran blur lagi. Tapi aku still tak nangis lagi depan dorang.

Dalam kete, kebetulan je syahrul chat. Dia saja2 je tanya khabar. Dah dia orang first yang tanya. Dan aku pun rasa aku kena spell out kat somebody, so dia la orang first yang tau. And ofcourse syahrul tak setuju. Dia suruh cuba cari jugak ikhtiar lain. Lepas tu syeno tau. Mesti dah kena cerita kat dia. Huhu. Kemudian Akmal sebab malam tu awal-awal lagi dia cakap, apa2 pun cerita je la kat dia. Since dia nakama aku kan. Nak gtau kak hikmah konfem tak kuat minah tu. Pakcikk ni pun sampai speechless. Hari tu tak ramai la yang tau. Dua tiga orang je.

Malam tu terus syahrul datang rumah. Tak sangka gak sebab aku takde la rapat mana dengan dia. Siap buat lawak pulak tu. Dia masuk jalan 10, kebetulan ada makcik kat depan rumah. Dia tanya la rumah fatin mana. Dan2 ada pulak fatin kat jln 10 tu. Dah siap bagi salam, tanya fatin ada. Ayah 'fatin' tu cakap fatin tak balik kerja lagi. Sudaahhh... Padahal aku dah berjanggut tunggu kat depan rumah ni. Aku jalan 11!! Nasib baik jumpa la jugak. So dia tanya lagi details la. Lepastu dia nak bagi air alkali. Besoknya datang lagi bawak air alkali tu. Siap takyah bayar. Padahal aku selalu beli sebotol rm10 gak la. Dia bagi free je. Baik betul.. Nasib baik dah kahwin je. Hoho..

Khamis tu patut pergi ke Hospital Nilai. Kononnya nak cuba second opinion la. Tapi nak dapatkan medical record dari ppum kena tunggu sebulan! Deheq lama!! Takkan nak buat test dari awal kan. Benda dah tau sume. Nanti buang masa je la. So tak pergi. Angah suruh pergi berubat islam kat pendang, kedah. So tengah hari tu terus pergi la. Alang2 g kedah, akmal call suruh g jumpa kawan pakngah dia kat pokok sena. 

Sampai la kedah malam. Stay rumah che de. Aku takde hal g jauh jauh sampai ke kedah walaupun tengah sakit time tu sebab aku memang suka kedah! And first time pulak tu g rumah che de. Best!!! Pagi tu jugak sebenarnya aku decide gtau kat fivers. Sebab aku rasa macam bersalah x gtau dorang. Budak2 tu da macam adik beradik aku sendiri dah. So memang banyak la positive vibes dari dorang. Siap ada yang tanya prof masing-masing. Aku memang tak pernah menyesal bagitau fivers apa2. 

Besok paginya pergilah ke pendang. Makcik fadilah tu muda lagi. Dan agak modern la. Dia siap tanya ada lump kat mana2 tempat lagi ke. Lepas dia berubat kat lengan tu, dia cakap dah lama dah ni. Dari umur belasan tahun lagi dah ada. Cuma tak perasan. Sakit macam salah tidur tu macam nak jadikan sebab je. Dia pun setuju plan doctor tu. Yela benda ni semua pinjaman tuhan. Dah tuhan kata nak balik. Takkan kita xnak bagi. Bukan hak kita pun. Huu

Tengah hari tu g pokok sena tempat akmal cakap. Rupanya ayahde kenal cikgu sulaiman tu. Kawan sekolah sama. Dan tak jauh mana la dari rumah. Sampai-sampai gua gerun gak tengok dia. Memang ala2 ustaz r. Tapi muka garang. Hohoo. Lepas dia da baca ayat2 quran tu dia cakap teruk kat tulang belakang dengan perut niyh. Sebab dia rasa sakit time berubat tu. Pastu dia cakap jangan makan roti canai. Bahaya! Cuak pulak dengar. Dah abih tu sembang-sembang la, ustaz tu tanya ngaji lagi ke. (Weyh! Kedah dia bolok k! Gua x pahamm!! Sis surrender) aku ni dok ingat ngaji quran tu. Aku cakap la ngaji. Pastu dia ckp kat mana. Duhhh!! Baru teringat yang fuzah pernah cite ngaji tu blajaq dalam bahasa kedah! Haha. Aku pun men bantai la cakap kat UM. Dia oouuhh UM! Ada kat situ budaknya pandai berubat, bila dia pegang jantung dia tau dah jantung berlubang. Memang anugerah buat tuhan untuk mal. Mal misi laki kat hospital. Aku bila dengar mal..mal dalam kepala otak aku ingat akmal je. Dah dia cakap misi laki. Betul la tu kot! Aku pun tanya akmal ke? Ustaz cakap haa! Akmal. Dia tu sepupu saya! Akmal madani. Pandai budak tu. Tapi dia tak habaq kat orang la dia pandai. Aku macsm damnnn!!!! Akmal x gtau aku pun!!! Dalam kete terus aku wassep dia kenapa x gtau dia kenal ustaz sulaiman tu! Sekali kena hang loqlaq ka apa! Aku kan da habaq tu pakngah aku! Lupa la tu! Bongek. Duhh.. Sekali kena. Aku salah dengar la mmule tu. HAHAHA. Memang padan la kena bongek sedas. Malam tu dia call aku pakngah dia tanya ada sakit2 tak, amboi. Caring pulak pakngahnya. Hahaha

Petang tu kitorang gerak ke perlis, rehat jap sebelum balik kl besoknya. Pagi sabtu tu jalan-jalan la ke kedah. G muzium padi, makan-makan. Bergambo kat bendang dulu sebelum balik kolumpo.





Sampai-sampai kolumpo ada surprise! Four kittens in the house! Ozil dah beranak!!!! ^^



Besoknya, geng-geng Smakl uia kuantan nak datang lawat. Bermula hari ahad tu sampai la ahad hari ni tak putus-putus kawan datang lawat. Alhamdulillah









Hari ahad la da macam raya ja aku rasa. Dari ustaz zul satu family, kak za, geng2 proace, nursing, kakak2 NG, geng rumah 35. Banyak rezeki dorang bawak.










Ni kira penutup minggu tu la. Sampai pukul 12 gak. First time nasi dagang buat banyak-banyak LICIN! dan besoknya admit la aku ke ward. Aku sambung besok la sebab da ngantok, ni pun da panjang berjela. Nanti bosan pulak. Haha

Okay
Ttyl
Syark




























Labels: , , , , , , , , ,

0 Comments:


Post a Comment