![]() |
![]() Entry About Shout Friends Follow D'Board |
owner
Contact Me
credits
|
![]() ![]() ![]() May peace be upon you... Malam tadi ingat nak post satu entry, tapi tak tau la pasal pa tak boleh. Rupa-rupanya sebab guna yang version lama punya.Ceeh..Semalam first exam dalam tahun 2, student nurse PPUM. Subject Tapi, semalam. Sedang membuang masa atas katil sambil layan-layan fb (mentang-mentang la baru abes exam) nampak dekat wall banyak sangat status sahabat-sahabat smkakl (yeah!fivers 10'). Mostly dorang ni baru dapat result UPU untuk proceed ke degree pulak. Tiba-tiba terlintas kat fikiran, seronoknya dorang, dapat apa yang dorang nak...yang nak jadi doctor, dapat jugak amek medic school even course lain sebelum ni. Ada yang dapat jadi pharmacist, amek engineering, dentist, law, PILOT (adeihh, yang ni sumpah jeles, dah la memang tengah gila kat langit ja skang ni) hehee. Mungkin, aku takda peluang macam dorang, aku datang ke UMMC ni sebab orang tersayang.. Yeah, dalam hati ni, kadang-kadang syaitan datang cakap, kalau lah! *tahukah anda perkataan kalau tu tanda-tanda kita menolak takdir. astaghfirullah... 'kalau lah aku tak ikut cakap dia hari tu, maybe aku still sambung belajar dekat maahad and buat syariah law nanti, tak pun aku pegi matriks ke, kejar cita-cita sebenar aku. Aku ni rela betul-betul masuk sini, ke aku tipu diri aku sendiri selama ni????' Rasanya sampai tak boleh nak fikir betul-betul semalam, bila emosi menguasai. Nasib baik ada sahabat yang memahami, dia bagitau, pernah dengar tak orang nak bina kapal terbang tak pernah gagal? terus jadi kapal??mesti tak kan? so, sama lah macam hidup kita ni. maybe kita masih in process untuk terima semua ni.dan yang paling penting; ADA HIKMAH DISEBALIK SEMUA NI, RAHSIA DAN PERANCANGAN ALLAH TAKDA SIAPA PUN YANG TAU, DAN YANG PASTI ITU SEMUA TERBAIK UNTUK KITA. INSYAALLAH, ONE FINE DAY, ALLAH TUNJUKKAN JUGAK HIKMAHNYA KENAPA KITA DITAKDIRKAN KAT SINI... arigatau gozaimass alai :') Kalau tak datang sini, tak kan rasa life macam sekarang aku tengah lalui. Banyak sangat perkara manis sebenarnya, cuma perlukan teguhkan diri ja sekarang ni. Ingat one thing; ALLAH pilih kau datang sini! Bukan orang lain pun. Lagi pun, kat sini dapat belajar benda yang aku boleh apply sampai bila-bila terutama untuk family tercinta, teringat pulak cerita tutor tadi, kisah ayah dia sendiri. Masa tu, dia tengah study untuk degree, one night ni, dia mimpi macam mana orang mati, dapat rasa nyawa tu tarik sikit-sikit sampai lah lepas dari jasad. Time tu dia terjaga, besoknya puan call mak dekat kampung dia, rupa-rupanya ayah puan sakit. Then, dia tanya ada rasa sesak nafas ke, mak dia kata ada. And that time, dia dapat rasa yang ayah dia bakal pergi meninggalkan dunia ni. dan aku rasa puan ni memang gifted kot, sebab mimpi dia mostly betul. Then, dia balik kampung hari tu jugak tengok ayah dia memang dah sakit macam teruk, cepat penat, jalan perlahan-lahan. Dia ajak ayah dia datang PPUM, memula refuse gak, tapi dah pujuk-pujuk ayah dia setuju datang sini, tapi bila buat semua chest x-ray, BUSE (cek darah), echo, CT Scan semuanya normal. Ada satu procedure yang belum buat, IVU (yang tu untuk cek buah pinggang) tapi yang tu ayah dia memang tak nak betul-betul! Katanya sakit. Tapi time tu ayah puan dah makin teruk, bed ridden, nak bernafas pun makin susah. At last, ayah puan cakap dekat isteri dia yang dia nak balik rumah, ayah dia cakap kat doktor saya sakit nak mati je ni, semua examination normal. Dan mak dia pun dah dapat agak, sebab hari tu hari khamis, suami dia lahir hari jumaat. Before balik tu, prof dekat hospital still suruh buat jugak IVU tu sebab tak tau diagnosis apa, penyakit apa ayah puan. Tapi tetap berdegil, ayah dia nak balik jugak. Dan time tu puan yang bawak ayah dia balik. Sampai rumah je, ayah dia dah tak sedarkan diri. Time tu, macam-macam puan rasa, kalau lah aku bagi buat IVU, maybe dorang dapat diagnosed penyakit tu, boleh jugak buat treatment. Tapi puan dah bawak balik rumah pun. Dia still call orang hospital suruh pasangkan IV line dekat tangan sebab ayah puan demam panas sangat time tu, tapi doktor situ pun cakap, biarlah dia pergi dengan aman, kita tunggu je lah. Lagi pun, dia balik ni sebab dia tak nak buat apa-apa dah kan? Time tu jugak, puan macam nampak ayah dia berdiri cekak pinggang. Okay, puan tak buat apa-apa. Tapi dengan hanya tunggu, apa boleh buat??!! Bayangkanlah kalau kita yang kat tempat puan time tu. Dia pun tak tau nak buat apa dah. Dan, ayah puan pergi jugak pagi tu. 3 tahun puan macam blame diri sendiri, lagi-lagi dia orang yang bekerja dalam bidang perubatan. Perkataan kenapa, kalaulah selalu muncul. tapi cepat-cepat lah istighfar time tu. Memang dia dah dapat mimpi pun kan? Takdir ALLAH...takda siapa pun dapat ubah. KUN FAYAKUN... Semua budak-budak dalam kelas terdiam time tu, and yeaah..yang menangis pun ada gak, dan time tu aku dapat konklusi, Semua yang berlaku dalam hidup kita memang takdir ALLAH. Sebagai hamba-Nya, kita hanya perlu redha dan ikhlas atas semua yang terjadi :) all praise to ALLAH =) Labels: me :) ![]() ![]() ![]() |
0 Comments:
Post a Comment