![]() |
![]() Entry About Shout Friends Follow D'Board |
owner
Contact Me
credits
|
![]() ![]() ![]() LAPORAN PROGRAM MALAM TAUTAN HATI 2012 Pada 6 dan 7 Julai 2012 bersamaan 16 dan 17 Syaaban 1433H, Exco Islamic telah mengadakan sebuah program Malam Tautan Hati 2012 yang telah dijalankan di Surau Addeniah Pusat Perubatan Universiti Malaya. Program tersebut telah dihadiri oleh pelajar - pelajar muslim daripada Kolej Kejururawatan, Kolej Radiografi dan Kolej Teknologi Makmal Perubatan. Program yang penuh keberkatan ini bertujuan untuk meraikan pelaja-pelajar baru di samping merapatkan ukhwah antara satu sama lain dan semestinya antara senior dan junior. Pada malam itu juga para pelajar dapat berkenalan dan saling berkongsi pengalaman serta bertukar-tukar cerita bersama pelajar-pelajar dari kolej Radiografi dan Teknologi Makmal Perubatan. Malahan, para pelajar turut didedahkan dengan isu-isu semasa tentang saudara seIslam kita di Palestin pada hari kedua program. Selesai sesi pendaftaran, para pelajar menunaikan solat fardhu Maghrib secara berjemaah diikuti bacaan Yasin yang diketuai oleh imam bertugas pada malam bersebut. Selepas menunaikan solat fardhu Isya, para pelajar telah dijamu dengan sedikit jamuan ringan. Program diteruskan dengan ceramah agama bertajuk ‘Ukhwah Islamiyyah’ daripada Ustaz Syed Faiz bin Syed Mahmad serta sesi bersama senior dengan pelajar baru. Beberapa nasihat yang berguna telah diberikan kepada para pelajar baru supaya mereka lebih bersedia untuk menghadapi hari mendatang. Para pelajar membaca surah Al-Mulk secara berjemaah sebelum tidur. Keesokan harinya, 7 Julai 2012, kesemua pelajar melakukan qiamullail dan solat fardhu Subuh secara berjemaah. Sebelum bersarapan, sedikit aktiviti kolej diadakan. Para pelajar telah dihiburkan dengan alunan merdu suara pelajar lelaki dari ketiga-tiga kolej dengan dendangan nasyid yang bertemakan Palestin. Pada pukul 9.00 pagi, Ustaz Mohd Azmir bin Samadi wakil dari pihak Aman Palestin telah memberikan ceramah dan perkongsian mengenai Isu Palestin. Selain itu, Booth Aman Palestin dan Mini Pameran Palestin juga disediakan. Program tamat pada pukul 11.30 pagi. Secara tuntasnya , program ini serba sedikit memberi kesan dalam diri dan dapat mendekatkan diri kepada Allah. Program yang mulia ini harus diadakan setiap tahun kerana sambutan dari para pelajar sangat memberansangkan . Harapan, semoga majlis ini memberi manfaat kepada setiap jiwa yang hadir pada malam tersebut . Sekian. Disediakan oleh , FATIN SYAKIRA BINTI MD FIRDAUS, Penolong Setiausaha Exco Islamic Association, Persatuan Jururawat Pelajar. .. ... .... HAHAHA..ini kes malas tahap babeng punya. Since dah lama tak post pape kat blog ni. Tetibe rasa nak post, tapi sebab malas nak pikir ayat, there you go! XD ps: saya rasa macam di smkakl =) alhamdulillah. Labels: student's life :) ![]() ![]() ![]() |
0 Comments:
Post a Comment