Scintillate Zenith | Sparkling at the greatest peak: Hutan VS Hotel!

Entry About Shout Friends Follow D'Board


  • Konichiwa! Watashi wa FaSyark desu. Nice to meet you!


owner

Contact Me

credits
19.6.12 | 0 Cloud(s)
Hutan VS Hotel!

May peace be upon you.....

Akhirnya. Selamat Datang CUTI!!!!!! Dapat juga bernafas dengan normal, PENAT sudah bradypnea, tachycardia segala. Selamat tinggal FIRST YEAR, next week dah jadi senior, bakal ada adik-adik! Banyak tanggunggjawab ni, nak kena jaga dorang. Ingat lagi time first-first masuk PPUM, orientasi yang sangat gila! Masuk kelas pulak, hobi ku selama setahun, zzZZzz. Bersyukur sebab ada sahabat yang baik tolong kejut, even tak sampai seminit dah lentok balik. Hailoorhh~ Lepas tu, masuk clinical! Fuaaa. Rasa excited dan cuak bercampur baur time tu, first time tengok luka besar-besar. Masuk wad pun, blurr gila! Tapi we learn from zero to hero right? ;)

Dah masuk sem 2, makin matured sket la, umo pun dah bertambah, 19 y/o! Tidur dalam kelas pun, berkurang la...sket.... Makin aktif dengan Exco Agama, since dilantik sebagai Pen. Setiausaha. Banyak surat-menyurat segala ah! Sem 2 ni pun, selalu jugak join kem-kem anjuran PMIUM. Alhamdulillah. Banyak benda yang dipelajari kat sana.

Tamatnya exam untuk first year, petang tu jugak terus bergerak ke SUNGAI CONGKAK! Join kem lagi! First time jugak naik kereta yang di'drive' oleh lelaki selain my baba and pakcik! But, you such a good driver la senpai! Haha. Time nak pergi tu jugak ada cabarannya. Kereta yang kakak senior drive tiba-tiba pancit. Tapi dia boleh survive! Salute la kak Saleha! Banyak benda baru yang dapat dari kem tu. Salah satunya tarbiyah diri lah! Gila doOo, dah la jam tangan, fon suma kena ambil, tidur baru satu jam, kena kejut dah! Bayangkan, dalam suasana yang TERRamat sejuk dalam hutan tu, kena ambil wudu' dekat sungai, kena qiam. Ya ALLAH, sejuk tu tuhan je la yang tahu. Jari ni pun dah cynosis  (kebiru-biruan) habes dah! Lepas tu, kena solat subuh berjemaah tengah-tengah hutan! Tanpa sejadah! Betapa rasa rendah dirinya bila kami semua sujud ke atas tanah. Hari last, ada aktiviti yang tak disangka-sangka! Kena masak ikan keli hidup-hidup. Memang surrender la bab siang-menyiang ikan ni. Takut sampai malam, ikan tu tak mati-mati. So, offer diri cari kayu api, daun kering. Aduh. Rasa betapa budak bandarnya aku niyh! Kayu api pun tak tau camna. Nasib baik ada senpai tolong monitor gak. Dah siap siang, salut dengan tepung, tibalah masa untuk memanggang ikan. Satu hal pulak, kami semua tak reti nak panggang camna. Hasilnya, ada lah ikan yang half masaklah, apa la. Tapi, telan je suma. Dah tinggal sekor ikan, baru la kakak senior sorang ni teringat time dia kat kem dulu. Cara nak masak dalam hutan;


Okay, kita ambil contoh ikan keli tu la, dah siap nak bakar, balut ikan dengan daun, biar tutup semua. Lepas tu ambik tanah, balut ikan tuh. Buatlah macam tanah liat, letak air sket biar tak keras sangat, dah balut betul-betul dengan tanah, letak ikan tu bawah bara api. Then letak lah api besar mana pon atas ikan tu, ikan tak kan hangus, sebab dia just panaskan tanah. Hasilnya, memang terbaik r! Rasa makan ikan steam pon ada gak. Memang totally masak ikan tuh! ^^

Balik dari kem ke kolej pun, driver lelaki jugak! Budak medic bhaai.. Tapi, dah tak sedar apa, masuk kereta terus tidur, penat yang amat. Sampai-sampai kolej, dah pukul 4.30pm, kena rushing siap-siap nak ke hotel pulak. Ada Graduation Night KD26 malam tu dekat The Summit Hotel, SJ. Siap ala kadar je la sebab bas sampai pukul 5pm! Malam tu, sebenarnya malam untuk senior, so kami yang junior ni makan-makan-makan, ambik la gambar sket, naik bas nak balik terus zzZZzz.

 now..lets pic tells everything ;)


the only guys in my class.

kelasku selama setahun >.<

budak kuat studo..arrghhh~

can you see that? i really love SKY!

sahabat saya! teman dari kem sampai ke dinner. luv you fatihah! >.<

dinner time


the king and queen that night!
(sumber; cik biela punya blog.haha..curi sat!)


my FAMILY! (sorry la, tak sempat makeup >.<)

Harap-harap tahun dua di PPUM akan datang lebih bermakna. Doakan jugak result first year ni okay! Nak masuk second year tak bleh FAILED!

AKTIVITI SELAMA DUA MINGGU......


p/s; kena jaga adek senpai niyh!hahaha XD

Labels:

0 Comments:


Post a Comment