![]() |
![]() Entry About Shout Friends Follow D'Board |
owner
Contact Me
credits
|
![]() ![]() ![]() Bismillah Seminar Sebelum Aku Bernikah 15' CAC IIUM | 14 Feb 2015 #berusahamencapaimampu SLOT 1. Fiqh Cinta | Ustazah Fatimah Syarha (1) Kenapa itu Cinta? - Manisnya iman dirasai dengan cinta - Hidup Allah dan Rasul NO1 - Sistem nilai = fitrah ---> fikrah - Input fikrah ---> 3P ---> Cinta High Class (2) Cinta boleh ubah dunia setia individu - Hellen Fisher berkata apabila bercinta ada effect pada beberapa bahagian otak - Caudate nucleus ; mengawal badan, rasa bahagia - Dopamine; tingkatkan keyakinan, softskill, motivation - Hormone oxytocin; rasa tenang Fikrah 1 - Be the best FARDHU MUSLIM so you can build a great BAITUL MUSLIM. - Kemampuan untuk cari duit - Kena ada PLANNER - Jangan kejar kesenangan tapi kejar keredhaan - Jadi orang bermanfaat untuk orang lain Fikrah 2 - Kenali 'kriteria' sebelum si dia - 1. Supaya = rational, objective 2. Kriteria = jangan terlalu mudah, jangan terlalu payah, ikut ajaran sunnah - Az-zukhruf ; 67 = Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh). PROSES 3P 1. PAUSE - urus fitrah 2. PRIORITI - first thing first (ibu bapa, belajar, ect.) 3. PERGI - menyampaikan hasrat hati Q&A 1. Takut 'alat AKA si dia' diambil orang? - uasaha istikharah - usaha musyawarah ; jumpa mak ayah - sedangkan nabi juga pernah ditolak pinangan 2. Cara nak reject seseorang kerana sedang persiapkan diri menjadi baik dulu. - faktor boleh ubah; rokok - faktor tak boleh ubah; nama syed/syarifah, tempat tinggal SLOT 2. 123, CARI JODOH | Ustaz Dr Zaharuddin (1) Jodoh ditunggu/ diusaha? - PERLU DIUSAHAKAN! - Jodoh juga perlu diperjuangkan (bukan perkara remeh-temeh) 1.berdoa dan yakin akan dimakbulkan; tajamkan doa, serius, ketahui waktu dan tempat yang makbul (boleh google je) 2. buang perspektif negatif; optimis dengan ALLAH 3. gunakan cara, jalan, kaedah yang diharuskan. - taaruf & lihat - lelaki sifatnya memburu, cari nafkah dan tak payah bagi gambar patutnya 4. isytiharan; berbincang dengan orang yang dah kahwin 5. istikharah 6. tawakal dan redha (2) Penzina; Mestikah jodohnya begitu? - adakah tidak dapat lagi peluang untuk dapat yang lebih baik?? - surah an-nur ayat 3 = Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman. - surah an-nur ayat 26 = (Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. - adakah terhad?? 1. telah dinasakhkan dengan surah an-nur ayat 32 (umum untuk semua) = Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. 2. dengan syarat sudah bertaubat (3) Tips Mendapatkan Jodoh - meminta bantuan ibu bapa - menyertai organisasi dakwah yang menyediakan 'unit baitul muslim' ; tak salah niat untuk cari jodoh, tapi jangan tu yang utama.tapi ingat! jangan terlalu high expectation - menyertai aktiviti kebajikan/ volunteer - melalui laman sosial; fb, whatsapp, wechat, twitter - memulakan langkah atau menawarkan diri kepada lelaki/ wanita yang soleh (4) Langkah 1,2,3 Praktikal - ilmu/ pendidikan (sekufu) - sikap dan sifat diri ; kenal diri dulu - kewangan ; adat setempat/ islamik - rupa & tubuh ; lelaki lebih kepada tengok rupa (sedangkan dalam syurga pun ganjaran bagi lelaki ialah bidadari yang cantik) manakala perempuan lebih kepada gaya bahasa - fahami pasangan bagaimana yang diidamkan - jangan terbuai dek khayalan untuk mendapat yang sempurna -guna orang tengah = memeliara maruah, diyakini akhlaknya, menjaga rahsia (5) Proses, Kenal, Ciri dan Cari 1 - lihat wajahnya - ciri utama dalam Islam - cara pemakaian menentukan dalamannya ; buku tak boleh disamakan dengan perempuan (hadith hati) - proses risikan (tambahan) (6) Proses, Kenal, Ciri dan Cari 2 - dia sudah berpunya?? tak boleh pinang orang yang dah bertunang~~~ - jika belum, cari dan telitilah sifatnya --> perkataannya, cara bergambar, tulisannya (media sosial), tempat kunjungan dan ulasannya, cara dia di media sosial - gaya pakaian, beg, kenderaan - gurauan dengan rakannya - respon kepada pujian - berkomunikasi dengan limitasi - dating berduaan bercanggah dengan Islam - gelenya ke dak? - boleh menguji namun niat perlu benar ikhlas - haram bergurau senda kerana itu salah satu lorong syahwat (7) Proses, Kenal, Ciri dan Cari 3 - haram bersentuh antara satu sama lain - AWAS fitnah masyarakat sekeliling - AWAS fitnah dalam diri anda dan pasangan - HARAM melihat aurat (jangan gambarkan; cth. rambut panjang mana) (8) Bagaimana Jika Masih Belum Berjodoh - tanggapi sebagai ujian Ilahi - muhasabah diri; adakah pernah menolak tawaran lelaki soleh? -hadith riwayat tirmizi - kalau tak dapat jodoh, jangan guna jalan haram ; bomoh, mandi bunga -kalau jodoh tak ke mana =) (9) Bagaimana nak tau dia jodoh atau tak? - tiada tanda fizikal yang standard. namun pada kebiasaannya terdapat sedikit perasaan berbeza ketika bertemu. - kalau direject tak semestinya bukan jodoh dia. (10) Istikharah - perlu buat ; bukan untuk kahwin je. untuk beli kereta/ belajar ... - doa lepas solat / dalam sujud / tak semestinya melalui mimpi. mungkin reccomand dari orang lain. - 7 kali datang dari hadith yang dhaif - sebaliknya jangan ada kecenderungan SLOT 3. MERANCANG WANG SEJAK JATUH CINTA | HAJAH ROHANI - If you fail to plan, you plan to fail - kemelut masalah kewangan 1. hutang rumah, loan kereta 2. credit card (mereka tak kaya tapi orang yang berhutang) 3. fakta muflis = car loans 4. PTPTN -rezeki datang dari Allah (1) Kenapa kena ada perancangan kewangan dalam Islam? - kisah nabi Yusuf yang boleh mentadbir mimpi - surah yusuf 47-49 ; kalau tak merancang akan hadapi masalah. - Yusuf menjawab: "Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih). "Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)". - bila menuai jangan guna semua hasil. simpan sedikit untuk masa hadapan bila ada masalah. (2) Tips urus perbelanjaan - ASB ASN tak ikut syariah - buat pembahagian dalam envelope (di rumah) atau simpan di bank - WANG MASUK - BELANJA = SIMPANAN (NO) WANG MASUK - SIMPANAN = BELANJA (YES) - SIMPANAN DALAM BANK 20% DARI WANG MASUK (YES) cth; - pembersihan 4% ; zakat, infaq - ibu bapa 30% ; ibu bapa sendiri / mertua - perbelanjaan 66% ; rumah kereta .... - nilai mengikut masa; wang makin meningkat - guna amanah saham islamik - 400 sebulan dalam masa 30 tahun + 10% invesment = 1 MILLION SLOT 4. ANAK MUDA DAN CINTA | AIMAN AZLAN 5 CABARAN (1) "asyik-asyik cinta" -.-" - cuba explore cinta dari segi politik, akedemi, psikologi. - sekumpulan orang di Universiti Harvard buat reasearch selama 75 tahun. dorang follow beberapa orang lelaki untuk mencari apakah faktor-faktor kebahagiaan hidup? dan mereka buat conclusion selepas berpuluh tahun ; HAPPINESS IS LOVE. nampak macam cliche, tapi pandang pada usaha mereka. (2) "anak muda" - fahami dalam konteks konotasi ( maksud dalam konteks tertentu) dan denotasi ( makna dalam kamus) - muda dan awal bukan isu dalam Islam. persoalannya ; ARE YOU READY? - muda tak sama dengan tak matang - matang; 1. fizikal - automatik 2. spiritual 3. emotional {ketiga-tiganya manual; perlu usaha untuk dapatkan} 4. mental (3) "umur matang" - untuk spiritual, emotional, mental - shakespeare ; kisah romeo & juliet. mereka baru belasan tahun ketika itu. tetapi sudah dikira dewasa - orang yang dah baligh dikira dewasa. takkan ada krisis identiti (Dr Robert Epstein) - tak pelik kalau kita dengar Sultan Al Fateh berjaya pada umur 12 tahun. - sebab dia ada potensi untuk capai 3 aspek tersebut - cadangan buku; Weapon of mass instruction by John Taylor - guru terbaik di NYC berkata; jika umur 7 tahun kamu tak berguna, kamu takkan bawa manfaat untuk dunia - kisah Sir Richard (buat space tourism) - satu hari, mak dia bawa ke satu tempat baru yang dia tidak pernah sampai sebelum ini. dan ibunya tanya macam mana jalan untuk balik ke rumah. dia ditinggalkan sendirian. dan dia berjaya pulang ke rumah dengan sendiri. ketika itu umurnya baru 4 tahun {cabar umur kematangan } - bergantung pada diri sendiri (sebab 3 manual tersebut) - kematangan emosi = kawal emosi bukan dikawal emosi - bila marah = diam - kematangan spiritual = tahu dan faham siapa Tuhan? siapa hamba? --> beza akhlaknya bagi siapa yang tahu dan faham ** antara Allah dan lelaki yang awak sayang, siapa no1? -soalan yang perlu dijawab dengan jujur. - dalam highway pun ada banyak lane. - hormati perjalanan spiritual orang lain. sokong bukan torture. ** kenapa mudah jatuh cinta dengan manusia tetapi bukan dengan Tuhan? - just buat analogi yang sama untuk jatuh cinta dengan Allah - apply the same reason to Allah -kematangan mental = tambah curiousity (4) "fantasi cinta" - kita selalu fikir kisah cinta yang ideal semua orang akan alami... - KEHIDUPAN INI TIDAK IDEAL; yang ada hanyalah sebagai panduan - Islam tak buta pada konteks setiap individu - there's no fixed answer you can copy and paste in Islam (5) "konklusi" - kata Bronfrenbrenner ; Individu itu kompleks - jangan berfikir secara simplistik = live, accept the person, dont think the person you wish to have =) SLOT 5. PENTARBIYAHAN ANAK SEBELUM BERNIKAH - PERSIAPKAN DIRIMU SEBELUM ENGKAU LALUI PERNIKAHAN | PAK ARBI 3 PROJEK 1. bina diri jadi hamba Allah ; we are not created to live eternally 2. membina keluarga yang dicintai ALLAH 3. membangunkan masyarakat mengikut acuan syariah ; successful marriage is hardwork - "marriage is not getting what you want, but rather wanting what you get" - surah al fath; 4 (Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. - kehidupan rumah tangga adalah "hayatul amal". ia diwarnai oleh beban-beban dan kewajiban - imam hassan al-banna - pernikahan adalah akad untuk ibadah kepada Allah, akad untuk menegakkan syariah Allah, akad untuk membangunkan rumah tangga - niat bukan lintasan perasaan al-azam (keinginan) + al-qashid (tujuan) = niat adalah menuju ke sesuatu dan berkeinginan untuk melakukannya. -dua asas rumah tangga muslim 1. asas rabbani = berkaitan dengan hukum syariah Allah 2. asas insani = maaruf wal insan. perlu diusahakan - al maaruf ; menghasilkan kasih sayang - berkata dan berbuat baik ; komunikasi! - hati yang penuh kasih sayang SLOT 6. SEBELUM AKU BERNIKAH | HILAL ASYRAF (1) Mukaddimah - faham dan pembuktian - kisah gear ; kalau kita diajar cara yang salah, kita takkan buat benda yang betul - kita telah / tak dapat didikan yang betul - barat/ media sosial 1. Faham -surah al-baqarah; 30 Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". - asas pembinaan ummah --> cinta ; kita salah satu batu-bata yang bina ummah - AKHIRAT (dua surah) - surah ali-imran; 185 Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. - surah at-tahrim; 6 Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. - JANGAN NAMPAK SEBAGAI ISU ENTENG - hidup ini sementara; fikir cinta untuk bawak ke syurga - di media kita disogokkan dengan cinta yang tidak syara' = drama/ novel.. - 3 surah diatas akan membentuk kefahaman 2. Pembuktiaan - tadi kita faham cinta bawak ke syurga - so, kena persiapkan diri - berusaha mencapai mampu - kena ada perancangan 3. Persediaan = spriritual, mental, material! spiritual - hubungan dengan Allah mesti OK ; sempurna memang tak dapat memeluk tapi akan membawa kita kepada kebaikan - JAGA SOLAT - AMAR MAKRUF NAHI MUNKAR - buat LIST apa yang kita tak settle lagi - mutabaah amal - kahwin hanya satu peringkat dalam hidup mental - Ilmu ; baca buku. juga belajar dari manusia, pergi talk. - common sense; diam dan tenang - kena prepare nak kahwin/ kesempitan wang / tak buat perangai bujang lagi - belajar terima kelemahan - kahwin juga peluang untuk berdakwah - skill; pandai bergurau... material - bukan bermaksud kaya tapi DAYA SURVIVAL - kesungguhan cari duit dan pandai berjimat 4. JANGAN JADI LEMBIK - X mudah jatuh cinta - X kemaruk terlebih - X memakan hawa nafsu ; utamakan yang syara' - X lalai dan alpa ; hilang study / dakwah tak jalan FOKUS! AL-BAQARAH 30 ALI IMRAN 185 AT TAHRIM 6 AZ ZARIYAT 56 SLOT 7. FORUM MENDIDIK KELUARGA, MENDIDIK NEGARA | HAFIZUL FAIZ, HILAL ASYRAF, USTAZ SYAARI, PUAN SYUHADA - surah yusuf 21- 25 = Dan (setelah Yusuf dijualkan di negeri Mesir), berkatalah orang yang membeli Yusuf kepada isterinya: "Berilah dia layanan yang sebaik-baiknya; semoga ia berguna kepada kita, atau kita jadikan dia anak". Dan demikianlah caranya kami menetapkan kedudukan Yusuf di bumi (Mesir untuk dihormati dan disayangi), dan untuk kami mengajarnya sebahagian dari ilmu takbir mimpi. Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. Dan ketika Yusuf sampai ke peringkat umurnya yang sempurna kekuatannya, Kami beri kepadanya kebijaksanaan serta ilmu pengetahuan; dan demikianlah kami membalas orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. Dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan perempuan itupun menutup pintu-pintu serta berkata: "Marilah ke mari, aku bersedia untukmu". Yusuf menjawab: "Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); sesungguhnya Tuhanku telah memuliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya". Dan sebenarnya perempuan itu telah berkeinginan sangat kepadanya, dan Yusuf pula (mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itu kalaulah ia tidak menyedari kenyataan Tuhannya (tentang kejinya perbuatan zina itu). Demikianlah (takdir Kami) untuk menjauhkan dari Yusuf perkara-perkara yang tidak baik dan perbuatan-perbuatan yang keji, kerana sesungguhnya ia dari hamba-hamba Kami yang dibersihkan dari segala dosa. Dan mereka berdua pun berkejaran ke pintu, serta perempuan itu mengoyakkan baju Yusuf dari belakang; lalu terserempaklah keduanya dengan suami perempuan itu di muka pintu. Tiba-tiba perempuan itu berkata (kepada suaminya): Tidak ada balasan bagi orang yang mahu membuat jahat terhadap isterimu melainkan dipenjarakan dia atau dikenakan azab yang menyiksanya". - masa lapang boleh membunuh anda ; air bertakung boleh rosak - bila masa lapang banyak, mula menggoda - segalanya bermula dari masa lapang dan tidak menjaga pandangan - kajantanan sebenar ialah jumpa mak ayah dulu - hormon yang terlibat; 1. dopamine ; terpikat sangat dengan dia 2. serotonin ; terlalu obses pada dia 3. oxytocin ; ingin bersamanya - sejak dari zaman rasul, wanita lebih cenderung dengan ilmu ( dalam dewan cac 10% sahaja lelaki xD) - 3 perkara yang tidak akan putus ; ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah, doa anak yang soleh - analogi = nak jadi doc, lawyer kena lalui proses yang panjang untuk dapat gelaran itu...tapi nak jadi suami isteri tak buat persiapan untuk semua ni mengenai berita semasa ; pelajar dibunuh etc.. - ketidaktahanan jati diri sebagai seorang MUSLIM - bila nak didilk generasi, didiklah wanita - semuanya perlu tarbiyah/ didikan dari rumah - Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan,lalu dia bersabar dengan kerenah,kesusahan dan kesenangan mereka,nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”
Seorang lelaki bertanya,
|
0 Comments:
Post a Comment