![]() |
![]() Entry About Shout Friends Follow D'Board |
owner
Contact Me
credits
|
![]() ![]() ![]() Salam alayk.. Hari ni, ALLAH beri peluang untuk join sahabat-sahabat lain ke RUMAH ANAK - ANAK YATIM AL-FIRDAUS, ALAM DAMAI. Sebenarnya, tak mau pergi pun, biasaa lah. Weekend, macam-macam planning lah. Tapi, betapa sayangnya ALLAH kat kami semua, termasuk aku, dapat juga merasa buat melawat adek-adek comel ni. Bukan saja melawat, tapi ada tanggungjawab besar lagi untuk program ni. Jadi Penolong Pengarah Program bukan lah kerja senang, Hari Rabu lepas, pergi dengan AJK2 lain ke MYDIN, JALAN TAR! Shopping hadiah untuk adek-adek tu. Excited sangat, rasa macam, back to the past, bila beli buku colour, pencil box, pencil colour, buku nota kecik besar. -kan best kalau jadi budak kecik, tak payah fikir macam-macam yang boleh buat jiwa kacau! Kami bertolak dalam pukul 8.40 pagi tadi, sampai lebih kurang pukul 9.30 kot (ntah, tak tengok jam, dah excited sangat. haha). Sampai-sampai, senior turun dulu nak lapor diri (?) dekat tuan rumah, lepas tu keluarlah adek-adek comel kita. ALLAH, keciknyaaa dorang. Bayangkan, time skang ni, dia dah xda ibu ayah, dan tinggal dengan orang yang bukan darah daging sendiri, tapi dah dianggap macam keluarga. Comel sangat3 dorang, turun-turun bas, dah hulur tangan nak salam. Seriously, i'm touched. :') Sementara tunggu puan-puan sampai (dorang sesat!hahaha) kami pun, mula-mulah lah nak kenal dengan adek-adek ni. Mula-mula agak malu jugak la, tapi kejap ja, dapat phone, terus hilang rasa malu, nak main game la, tangkap gambar laa. Meet them! Abang-abang yang join untuk program anak-anak yatim ni. Dari kiri, junior Luqman Wafi, tengah dan hujung senior kuh, Akmal Khairi dan Syahrul Naquiddin. Syahrul tu pengarah untuk program kali ni. dan saya rasaa sangaat bersalah dengan dia, sebab tak lakukan tanggungjawab pen. pengarah dengan betul. Mana tak nya, sebelum pon, jalan atas angin je, buat ikut suka aku ja. Kalau suka aku buat, kalau tak, aku lari! Skali dapat amanah macam ni, nak lari mana pun tak boleh dah!anddd..yang kat tengah tu boleh plak tengah adek2 main phone aku, nak nyebok main gak! meet him, inche' ketua yang pandai masak!haha XD Dalam setengah jam, puan pun datang, dan tak sangka adek-adek tu ada persembahan untuk kami! sooo cute! lepas tu, inche pengarah agih2kan hadiah set alat tulis untuk adek-adek dan aktiviti pun start. aktiviti pertama, sambung titik. Ada yang buat dengan penuh semangat. Tapi ada gak, yang still belek pencil box baru yang dorang dapat!haihh, pening pala nak suro dia wat keje! Lepas tu, game mewarna, ada yang letak gigi kaler hijau, merah, kuning!!!hahaha. comel sangat!
Tak kan dilupakan, kakak saya yang comel niyh. Dia Setiausaha exco, dan selalu buli-buli. Tapi dont, worry, dia sangaaat baik! dan KAKAK ni jugak laa, salah sorang kakak yang main tipu ngan adek-adek tu, dia tolong skali!hahaha.. Meet her, Sharatul Hikmah! =) Yang baju merah, satu batch. Haaaa, yang ni rajin! patut dia yang pegang jawatan yang berat2 ni!bukan aku! ahahaha. Say hello to Diana Nordin! =)
Banyak lagi, aktiviti yang menarik. Lepas main kaler-kaler, pertandingan cari perkataan tersembunyi. Tapi mostly, game-game ni kakak-kakak yang tolong skali! tak aci!!!! hahhahaha..Next, simple math! Kira-kira dekat gambar kartoon yang diberikan. Macam-macam la. The rest, lets pic tell everything! =)
Banyak pengajaran yang dapat hari ni.
Hargai ibu bapa anda sementara dia masih ada di sisi.....
Labels: me-my friends :), student's life :) ![]() ![]() ![]() |
0 Comments:
Post a Comment