Scintillate Zenith | Sparkling at the greatest peak: Already miss the TEEN age!

Entry About Shout Friends Follow D'Board


  • Konichiwa! Watashi wa FaSyark desu. Nice to meet you!


owner

Contact Me

credits
26.4.12 | 0 Cloud(s)
Already miss the TEEN age!

May peace be upon you...

Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah...
Actually da lama post ni terceruk dalam draft. buzy punya pasal. dengan wad baru, tutor baru, assginment bertimbun!!!fuuhhh~~

 19 APRIL 2012

umurku menganjak lagi setahun. aku sudah 19 tahun!!!Ya Allah. sudah 19 tahun aku hidup kat dunia niyh. Banyak sudah anugerah yang tuhan beri untuk aku.

Fa-biayyi alaa'i Rabbi kuma tukadzdzi ban (Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?)
surah Ar-Rahman ulang 31 kali ayat ni.

Tahun ni jugak tahun terakhir aku sebagai budak BELASAN tahun.sedih.sedih.sedih.next year da PULUH..kena matang laa sket kan? ramai orang yang aku jumpa sepanjang 19tahun ni.lagi-lagi bila masuk PPUM ni.jumpa patient macam-macam cerita dia.kawan-kawan.dari TADIKA BERJAYA, SK WANGSA MAJU SEKSYEN 2, SRA AR-RASYIDIN, SMK AGAMA KUALA LUMPUR, SMK AGAMA MAAHAD HAMIDIAH & PPUM, aku banyak belaja macam-macam benda, ada yang ajar benda baik, benda jahat pon ada gak. banyak jugak perkara yang berlaku dalam hidup sepanjang 19 tahun ni.alhamdulillah, aku masih diberikan nikmat iman, islam dan ihsan. cuma aku masih mengharap hidayah berterusan dari ALLAH yang MAHA ESA untuk perbaiki diri ini. insyaALLAH.

Setakat ni, aku rasa aku dah mulakan tahun 2012, dengan perkara yang baik-baik. tahun baru di Masjid Negara, involve diri dalam exco agama ppum, pergi kem sana-sini, first time join tamrin ppum, ikut kuliah-kuliah agama yang ada dekat surau ppum ni. tapi ada lah jugak waktu yang aku rasa macam hidup ni serabut gila!!tapi ada ramai kawan yang tolong backup! jadi seorang team leader untuk group dekat wad juga satu tanggungjawab yang aku rasa berat sangat. tapi sahabat-sahabat ni lah yang jadi penyokong tegar.hahaha.. aku memang sayang korang lebih laa! siyes, skang ni dah tak jadi team leader rasa x tension mana seyh!
*satu lagi, aku buat conclusion, bila kita jogging/bersukan, memang konfem boleh hilangkan stress. hari tu first time jalan kaki ke taman tasik jaya, excited gila, sampai besok pagi nya pon pegi lagi!rasa macam kat tasik manjalara je. ramai cina-cina, dekat dengan mall!hehee..

nak cerita sket, first time aku sambut birthday dekat PPUM ni. malam tu tengah dok layan lagu SAHABAT SELAMANYA, tiba-tiba Ainur, Sya, Aliya, Ewa, Bella datang lekat ubat gigi dekat mukaa!oouhhh..aku dah la shift pagi esoknya. memang terasaaa sangat segar laa muka ku ini. ntah2 ada makin licin muka letak ubat gigi!hahaha


petang khamis tu, aku, fuzah, kakwan, fatin, farah ramai-ramai pergi KFC. tabah gila jalan kaki dalam hujan!hahahaa..pegi ni sebab terpengaruh dengan adek fuzah laa!dia cakap ada promotion. alang-alang free, jalan2 je laa. balik tu, time nak tulis waktu masuk dekat buku keluar/masuk, ada orang tulis 'sanah helwah' kat nama aku.hmmm...sampai sekarang aku wondering, ntah sapa yang tulis tu kan~~

okay, alang-alang da tulis ni, nak sambung terus laa. cerita di WAD BARU!!!

13U - GERIATRIK WARD

Bagi sesiapa yang tak tau, geriatrik tu more tu orang-orang tua. kat wad ni, memang macam-macam orang, pakcik makcik, popo, aunty, uncle yang kau boleh jumpa!hahaha. tapi nak wat apa-apa nursing care pon sangat laa mengerikan! sebab dorang ni, tulang tu bukan boleh caya sangat dah, sekali aku terpegang kuat, mau praaakkk~~...ALLAH, xmau la jadi camtu, nauzubillah!
dekat sini jugak, objektif posting lebih kepada medical sebab surgical dulu dah dekat ward orthopedic. memang cuak gak la nak main-main dengan ubat ni. sebab kita main dengan nyawa! cerita pasal ragam dorang.....hahhaha..ada yang boleh buat kita menangis, ada gak yang rasa macam nak gelak guling2!yang sedih bila, ada patient yang family tak datang langsung jenguk. katil sebelah pulak, penuh siap anak cucu datang, siap bagi KFC kat kitorang!heheee..layan yang nyayuk pon best jugak, tapi geram pon ada gak la. ada yang bising satu wad, cari gigi hilang la. uncle kata dalam perut PJK-perut jalan ke depan ada baby laki dan perempuan. dengan nak pejam mata ja, xmau tengok dunia. yang cakap kitorang ni orang jahat la, anak dia la. hahahaha. satu hal lagi, bila yang tak nak makan ubat. jenuhla nak kena penyek ubat tu masuk dalam bubur dia!

tapi aku berdoa, supaya tak dapat wad ni keje nanti, aku rasa macam aku tak sanggup la tengok nenek-nenek atok-atok ni tunggu masa je. memang rasa nak nanges bila tengok dorang. lagi-lagi, sorang aunty ni, masa kat 9U, dia boleh borak-borak lagi dengan kitorang, dekat 13U skang ni, x sangka jumpa lagi, tapi da makin teruk....pakai oksigen, da x bleh cakap. sedih kot!!!! T___T

OKAY la, rasa tu je yang nak cakap. hari ni rasa heaven sebab perbincangan clinical dah settle!
waaaaa..tonight~~~~ we aree younggg (ttbe rasa lagu sangat sesuai dengan orang yang tengah bahagia..hahha)



**even da umor 19 tahun, time pegi jogging hari tu. abang kat kedai minyak tanya
"sekolah mana dek?"
............=.="................


Labels:

0 Comments:


Post a Comment