Scintillate Zenith | Sparkling at the greatest peak: SMART

Entry About Shout Friends Follow D'Board


  • Konichiwa! Watashi wa FaSyark desu. Nice to meet you!


owner

Contact Me

credits
27.2.12 | 2 Cloud(s)
SMART

may peace upon you...

LAGU TEMA SMART- SAHABAT SELAMANYA

waah..rasa memang da lama gilaa tak update kan?buzy sangat laa, bayangkan exam tiap minggu!aku nak SPM dulu pon x gilo camni...result?alhamdulillah,takat ni ada yang baik..tapi ada gak yang kurang memuaskan!takpe, NEVER GIVE UP!!YEAAHH!!

OKAY, skang ni aku nak share aktiviti weekend aku 24-26 Feb 2012..aku rasa ni antara memorable moment dalam hidup aku..dipendekkan cerita, batch aku, 19th generation SMKAKL diamanahkan untuk buat satu program motivasi untuk form 3. Project Manager untuk program ni ialah afiq shamnazri, atau lebih3 dikenali dengan nama JAMBU!haha..nama program ni S.M.A.R.T -SELANGKAH MENUJU KE ARAH REMAJA TERBILANG!!lagu tema nya, lagu UPIN IPIN-SAHABAT SELAMANYA =)

aku pegi skolah lambat gak la, malam jumaat.dalam pukul 10 lebih camtu, nak masuk pagar sekolah, macam  kau x penah je masuk skolah ni..hahaha..oouh ya!pakcik sayuthi ada lagi!aku pon masuk skolah terus gerak ke musolla..segan bhai nak masuk dewan!hehe...tibe2 kat musolla, ramai la plak junior yang tegur, layan je la..ada adek dorm gak...memang rinduuuu pon kat dorang ni..lepas call mizue ntah kali ke berapa puluh ratus, last2 Ayu yang kena jemput bawak masuk dewan..macam pa je~~on the way nak ke dewan, ada budak2 putra ingat aku cikgu dia kot..ttbe tegur;
"hai cikgu.." then, ada member dia cakap, wey!tu bukan cikgu laa..walawehh...besar sangat ke aku ni, sampai budak boleh panggil aku CIKGU?!!okay la, maybe sebab aku pakai tudung biasa kot, orang ingat aku cikgu!hee..

masuk2 dewan, waaa..aku rasa...macam..nak JEERRIIIIT...NI TEMPAT AKU BERDIRI 5 TAHUN TIAP HARI ISNIN...NI JUGAK TEMPAT AKU SELALU PITAM!ahhaahahha...RINDUUU YANG TAK TERKAAATAA LAA....pastu aku nampak merekaa2 yang aku rinduuu sangat dalam beberapa bulan ni...terus jerit macam tak ingat dunia dah..kalo dulu PACAK je, skang ni ada tambah PACAK~~~NURSE~~
AARRGHHHH~~~~kenapa mesti nurse........(abes tu, ang nak pa??doktor?!!heh!)
tapi memang rasa bahagiaa sangat laa, bila jumpa member2 smakl dulu, rasa macam...okay..ni baru jiwa aku!perasaan yang aku da lama tak rasa...ni lah sahabat aku..sahabat yang lima tahun hidup sama2 satu bumbung..belajar sama-sama...pergi surau sama2...bolos sama2...makan sama2...memang semua buat sama-sama laa..time tu, dorang tengah LDK..so, aku memang huha2 je laa..ajk je kan..hehee..

yang x bleh blahnya..perkara biasa yang terjadi waktu skola berlaku lagi time kitorang datang, AIR TAKDAK!!!hahahha..memang tak dapat dipisahkan betul situasi ni ngan smakl..bila aku dah takde hala tuju nak p mana, bella yang baik hati ajak tidur rumah dia!yeaay!!!aku pon tak pernah lagi bermalam kat rumah dia..malam Jumaat tu aku, Mizue, Wanimer, Chamin, Keyya, ngan Nini tumpang rumah Bella..keluar skolah da pukul satu..hahaha..sepanjang 3 hari aku kat smakl ni memang ramai laa jadi driver aku..hehehe..da sampai rumah sambung bergosip, ber'nonsense2'...memang rindu laa moment camni..borak punya borak last2 tidur pukul 3 pagi..naseb baik bangun subuh esoknya.. -.-"

Hari Sabtu, program start pukul 2, sebab pagi tu sekolah ada program Aku Janji untuk pelajar PMR dan SPM. kitorang apa lagi, bangun semua pukul 9, 10 lebih la. pagi tu breakfast nasi goreng. aku rasa yang makannya 6 orang je, tapi dua mangkuk besar boleh licin. memang kami semua piranha! area Kepong ni memang kekurangan air kot sebab rumah Bella pon tak cukup air. pagi tu dalam pukul sebelas, kereta Nini dan Bella pon bergerak menuju ke DESA PARK CITY (bukan desa water park!) untuk mandi! seronok mandi kat kawasan rumah orang kaya ni (bukan selalu! XD) pagi tu aku tak mandi kolam, malas.so lepak-lepak dalam sauna. memang best!dalam pukul satu lebih baru gerak ke Smakl, pastu singgah Tesco Kepong jap untuk beli barang2 aktiviti.

petang tu ada aktiviti KIBLAT KAMI. budak-budak tu kena bina masjid yang lawa-lawa. pastu, ada faci atau ajk yang cuba untuk meruntuhkan masjid dorang. budak-budak tu kena protect masjid yang dorang penat-penat bina guna paper je. point kat sini nak cakap tentang macam mana orang Islam kat luar sana kena tindas dengan pihak kafir, semangat ke-islaman dalam diri dapat dipupuk, dan dapat menyedarkan diri betapa pentingnya agama Islam kita serta tempat ibadah kita iaitu masjid. part ni kita serah kat budak DARUL QURAN la, Wafi. memang dapat menyentuh hati budak-budak ni.

 lepas tu, aktiviti TARBIYAH INSANIAH. faci cerita pasal kehidupan di palestin sambil menaikkan semangat jihad dalam diri anak buah dorang. pastu, faci akan suruh anak buah dorang tutup mata sambil melalukan rumput kat hidung. then, dengan tangan di isi rumput bercampur tanah, faci suapkan sayur yang dorang ingat rumput. ada yang nak termuntah la, ada yang redha je kena makan rumput pon. untuk program ni, di mana pegangan dan aqidah kita. baru tadi kata semangat jihad, kena rasa kehidupan di Palestin pon da ralat. so, kena yakin la ALLAH itu ada walau kita tak nampak, dan percaya ALLAH itu ada walau datang lah musibah besar mana pun.

malam tu, aktiviti ISLAMIC THINKER. aku tak join sangat sebab buzy mende ntah kat belakang pentas tu. yang aku tau aktiviti ni pasal debat. dan motif dia untuk meningkatkan keyakinan budak-budak tu bila bercakap. lepas aktiviti tu, ada slot khas! macam biasa la, faci kena marah, kena denda. tapi macam biasa jugak, bila part ni je, mesti ada yang sesak nafas, sakit kaki, tak larat. dan aku rasa time tu, ada gunanya aku amek nursing ni!hahaha. malam tu aku tolong chamin yang sesak nafas, ngan yatt..yatt demam. chamin aku bagi plastik suruh bernafas dalam plastik, yang aku ingat sebab pernah nampak orang buat macam ni kat hospital. tapi bila da member-member tanya kenapa kena tu semua, aiyaaa..wa tidak ingat maa~~ hahaha. rai pulak, kaki dia memang da terseliuh, tapi still lari. memang sakit la. dan time ni, fiqa ram memang sangat berguna. dia amek physiotherapy. dia la yang urut sket, letak ais. pastu kitorang bandage kaki rai. rasa batch 19th gen banyak amek bidang yang lain-lain..bagus sangat!

besok pagi, hari last kami di sini...uwwaarrghh..sedih sedih sedih. tapi program tetap jalan!pagi tu, ada explorace, aku dengan mira bad (rinduuuu sangat sangat sangat kat mira!) jadi penjaga check point untuk spider web. memang da macam mission impossible dah dorang ni. abes explorace, game flying egg. aku pernah men game ni. kena bungkus telur tu baik-baik, guna paper, straw dan selotep je, then baling dari tingkat 3 sekolah.  lepas flying egg, ada sesi muhasabah diri. tentang ibu bapa, part ni yang incharge baihah, alia naja ngan aimi. memang sedih gak la. dorang bagi budak-budak tu call mak ayah. yang aku sedih bila budak putra ni call mak dia. terharu sangat dengan kata-kata mak dia. pastu, aimi panggil pelajar yang sudah tiada ibu/ ayah. dan adek dorm aku yang bangun!fatin. cerita dia memang sedih la. aku ingat lagi, ayah dia meninggal time dia f1, aku f5. dan slot ni, bukan budak-budak je nanges, faci, ajk sume leleh abes. T___T

dah abes, pembahagian hadiah semua, tamat lah program SMART selama tiga hari dua malam ni. bila nak salam-salam, lagi sekali faci ngan ajk nanges lebih (masuk laa aku sekali..hee). yela, budak-budak tu tak sedih mana, sebab dorang still jumpa lagi kawan-kawan. kitorang, bila da abes program tu, semua pulang ke tempat masing-masing la, ada yang dari n.sembilan, penang, ramai dari p.j la..hehee..dapat rasa ukhwah yang terbina lima tahun tu kukuh! dan aku harap program ni beri impak baik buat adek-adek f3. semoga 9A PMR buat mereka..
AAMIIN KULLU AAMIIN :)

OUUHH YEAA..LUPA NAK SHARE LAGI, START ESOK 280212, LAGI SEKALI AKU AKAN POSTING DI 9U-ORTHOPEDIC WARD SELAMA 6 MINGGU, LAGI 6 MINGGU WAD MEDICAL, TAK TAU LAGI. DOAKAN SEMOGA AKU DAPAT POSTING DENGAN ELOK, BUAT SEMUA PROCEDURE, DAN PALING PENTING AKU NAK TERAPKAN NILAI ISLAM DEKAT PESAKIT KU, INSYAALLAH..SALAH SATU CARANYA, IALAH SOLAT!
:)


" Solat itu tiang agama, sesiapa mendirikan solat maka dia telah mendirikan agama dan    sesiapa meninggalkan solat dia telah meruntuhkan agama."
(Hadis riwayat Baihaqi dari Ibnu Umar)






p/s: pagi ni, alarm clock aku lagu 
SAHABAT SELAMANYA! <3

Labels: ,

2 Comments:

Blogger notfriendofyours said...

da best program ever . congrats to all f5 2010 smakl !

Blogger Nailah703 said...

Rindu fivers'10 yg amat!!! :'(


Post a Comment