![]() |
![]() Entry About Shout Friends Follow D'Board |
owner
Contact Me
credits
|
![]() ![]() ![]() in the name of ALLAH the Most Gracious, the Most Merciful............. 2011 sudah melabuhkan tirai..dengan pelbagai kisah..sejujurnya, 2011 memang berlalu tanpa apa-apa perancangan aku, semuanya dengan TAKDIR ALLAH..dan aku yakin, di sebalik semua yang aku hadapi sepanjang 2011 ada hikmahnya tersendiri... JAN 2011; aku mulakan tahun baru dengan buat benda yang tak pernah aku lakukan selama ni, cari kerja beb!!hahahaa..so, dalam sejarah diri aku, boleh la, letak tempat pertama aku kerja adalah di kedai printing!kerja yang boleh kata penat gila r gak!dapat kenal ngan abang2 klate yang fanatik dengan dikir barat!susaah tu nak jumpa orang muda boleh layan dikir, sambil wat kerja..hee.. ouh,ya..bermula lah seksa di DRIVING CLASS, dan paling tak boleh lupa, first time class, aku da langgar kete orang..YESS!! =.=" FEB 2011; aku da bosan kerja kat kedai printing, aku cari kerja lain..dan maybe kerja ni lagi sesuai ngan aku (blah r! XD)..AKU JADI USTAZAH!! <3.... sangaat best, sebab hidup hari-hari dikelilingi kanak-kanak yang jiwa masih suci..tapi tak tahan gak, dengan kedegilan tahap dewa dorang semua..rakan setugasku syairah norzan!haha..kelas memandu berjalan seperti biasa.. MAC-APR 2011; masih dengan kedegilan budak-budak kat sekolah..tapi best, bila time birthday bulan april lepas, dapat hadiah dari anak murid <3 result exam SPM..alhamdulillah, aku terima dengan redha ^^ kelas memandu yang menjadi igauan ngeri setiap hari =.=" MAY 2011; bermulalah kejutan demi kejutan..aku dapat interview di UNIVERSITY MALAYA MEDICAL CENTRE in NURSING!!!aku mintak medical lab tech..mungkin rezeki aku kat situ..tapi time tu pergi tanpa mengharap sangat..sebab,siyes!aku tak pernah terpikir nak jadi student nurse!haha.. dan tiba-tiba jugak, aku dikejutkan dengan tawaran ke MAAHAD HAMIDIAH untuk tingkatan 6..disitu la, aku paham bersahabat kerana ALLAH, sbb memang x pernah kenal tapi ukhwah tu terasa kuat sangat!time aku nak daftar tu gak la, ALLAH bagi lagi suprise, alhamdulillah aku LULUS TEST JPJ, lepas failed sekali..hahaa.. JUN 2011; kegembiraan di maahad tak lama, aku dapat tawaran ke UMMC..memang takdir ALLAH..dan juga demi ibu bapa, aku tinggalkan maahad dengan seribu kenangan manis. JULY 2011; tiba-tiba (boleh plak kata tiba-tba) aku dah bergelar pelajar kejururawatan tahun satu sem satu di UMMC.. memang tak terjangka..tapi, QUE SERA SERA =) AUGUST-DEC 2011; waktu berjalan..salah.bukan jalan, tapi berlari pecut macam apa..sampai aku tak perasan yang dah akhir tahun, da exam final tapi result tak boleh tengok sampai skang (aku benci portal! -.-") dan sekali lagi, ALLAH bagi aku perancangan yang sangat manis untuk aku, dapat sambut tahun baru 2012 dengan penuh barakah, insyaALLAH..ye, dengan syen gak..haha Begitulah, perjalanan 2011 yang sangat tak disangka-sangka..aku mengharapkan 2012 yang baru menunjukkan tirai niyh (okay, bm aku ntah apa2 da skang ni) aku dapat merencanakan sesuatu yang bermanfaat untuk aku, keluarga, tempat belajar dan paling penting untuk ISLAM ku <3 SO, my RESOLUTION TWENTY TWELVE ARE....; 1. Nak jadi lebih baik dari tahun lepas, insyaALLAH..dari segala aspek; ibadah, belajar, pemakaian, pergaulan.ALLAH DIUTAMAKAN DALAM SEMUA PERKARA!!!! 2. Nak jadi anak yang taat perintah ibu bapa. 3. TAK MAU TIDO DALAM KELAS DAAHH!!!!tolongg laa, dari form5 aku letak azam ni, tapi still x menjadi..haaihh.. 4. bawak ISLAM di HOSPITAL/KOLEJ..fuhh, macam besar je impian ni, tapi insyaALLAH, buat apa yang termampu aku buat ^^ 5. KURANGKAN ON9!!!!!LAGI-LAGI FACEBOOK!!!!!!blog???err..boleh laa, sket2..sebab aku rasa, fb ni ada baik buruknya, tapi kadang2 kita ni manusia, tak lari lupa, lalai, alpa..kurang2 la stalking ye XD 6. BELAJAR BETUL2!!!TAK MAU MAIN2 DAH!!INGAT..JANJI KAT DIRI SENDIRI PACAK!! ingat, FOCUS, DEAN'S LIST..INSYAALLAH.. 7. rajin-rajinkan diri untuk bangun di malam hari, di kala, orang sedang lena di ulit mimpi, kita berbicara dengan Ilahi..tak nak ke macam tu? =) dah, aku da x boleh pikir skang..nanti2 aku tambah2 lagi la ye, pape pon, nak ucap HAPPY NEW YEAR 2012!!!!!!!!!!!!! =) Labels: me :) ![]() ![]() ![]() |
1 Comments:
kejap je dah habis 2011..
hehe.. dh lama tak stalk blog kau..
harini baru bkesempatan..~
aku comment kat cni sbb ade nama aku 2 kali ouhh!! terharu bhaii~ :'') ngeh3..
Post a Comment