![]() |
![]() Entry About Shout Friends Follow D'Board |
owner
Contact Me
credits
|
![]() ![]() ![]() dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang. Aku rindu sangaat bumi SMKA MAAHAD HAMIDIAH, KAJANG ni..Di sini jugalah aku jumpa SAHABAT-SAHABAT yang SETIAKAWAN walau kita hanya sempat beramah mesra x sampai pon sebulan. Hidup aku bermula di Maahad pada 9 Mei 2011. Sebelum tu, waktu bersuka ria lah, kerja kat kilang printing. Da bosan, beralih arah jadi ustazah (?) kat sekolah rendah agama. Walaupun, diri ini TAK LAYAK langsung nak jadi ustazah, tapi alhamdulillah, aku sempat merasa pengalaman manis tu. Rindu anak-anak aku (lagi Hadi Hariz & Amirul Haiziq.hahaha)..setelah melepaskan tawaran KOLEJ MATRIK SELANGOR (aku tau, aku memang x terdaya pon nak carry subjek2 sains ni..huu) aku bulatkan hati untuk menjadi pelajar TINGKATAN 6, di SMKA MAAHAD HAMIDIAH, KAJANG. Sekolah yang bukan calang-calang sekolah, nak masuk sekolah ni susah gila kot~~aku ni dapat sebab dari SMKA jugak, memang bersyukur dapat merasai belajar di sekolah hebat! TAPI, yang lagi best nya, tarikh 10/5/11 aku ada TEST JPJ!!!!!alhamdulillah, aku rasa berkat sebab nak pergi Maahad kot, hari tu jugak aku LULUS!!!!wee~~ ^^ So, petang tu jugak aku berangkat ke kajang. Sampai dah nak magrib pon (actually da uruskan sgala hal-hal sekolah dan asrama 9/5, so 10/5 tinggal tuannya lah masuk asrama..hee).aku ditempatkan di dorm KAHERAH (see, aku x p egypt pon da sampai kat kaherah.haha). Still ingat lagi, sampai-sampai awat aku nampak budak-budak kat dorm ni macam da kenal rapat je. Da start borak-borak baru aku tau major dorang dari SMK Bandar Tasik Selatan!Wohooo..Seronok dapat kenal dorang. like seriously,do! Alhamdulillah, lepas aku dua lagi budak smakl join us, farahana & anis wardah,so xde la rasa lonely sangat kan..hee Esok paginya, bermula lah aku sebagai seorang pelajar f06. dan2 plak major budak putera batch aku dari SMK SEJAYA..first time aku tau, macam what the fish???biasa lah, dari smakl da di psyko dengan macam2 benda...x perlu nak diceritalah.tapi yang pasti, dorang x dak la seteruk yang di sangka..semuanya OKAY2. Mula-mula, agak terkejut la, kami dapat kelas aka makmal sains yang dua tahun tak digunakan!! perghhh..memang seram gak r (okay,tu tipu!). yang pasti berhabuk tak yah cakap la. Dalam minggu tu, kalau tak silap aku kerja membersihkan kelas je laa..haha.. Aku ingat lagi, subjek yang aku amek Pengajian AM, Bahasa Arab, Syariah, Sejarah, & MUET! fuu,MUET......aku rindu MADAM HAZIDAH!!!!! (betulke nama cikgu tu??) Madam ni ajar memang terbaek laa, die ajar kitorang nyanyi lagu MADONNA - PAPA DONT PREACH....memang x bleh blah bile pikir2 balik, budak maahad nyanyi lagu madonna ramai-ramai??!!! siap kitorang wajib tulis DIARY dalam english!kena ada new personality..aku letak nama pa ntah,tp aku ingat lagi, nama afini transform jadi JUDE sebab someone..haha..pelik tapi tu lah kenangan yang aku tak boleh lupa :') Kalau nak cerita pasal kawan kat sana, memang boleh menitik laju-laju air mata ni, aku rindu gilaaa kot kat dorang!lagi satu cerita yang agak tapi makanan tu jugak laa aku telan selama tiga minggu kat maahad. dulu zakiah macam trauma xmau makan langsung kat situ!hahahaa.. aku jugak pernah jogging kat maahad, waaa..macam kampung suasananya..dengan bunyi ayam..(rumah cikgu situ besar2 weyh!untunglaa) aku sempat join dua event je selama aku kat maahad. first, sambutan hari guru.first time aku join dalam buat banner, first time jugak aku kaler banner pakai CRAYON sahaja!budak putra tolong lukis, tapi hasilnya sangat cantik bagi aku. time hari guru gak, kitorang yang budak-budak dari KL ni macam jakun je nyanyi lagu negeri SELANGOR for the first time!then semua terkejut lagu sekolah maahad dalam BAHASA ARAB!!memang teruja lah kami. event kedua, time hari ape ntah nama dia, yang pasti budak2 maahad dapat makan free la hari tu!dan kami fo6 yang incharge!hahahhaa..best3, aku ngan zakiah jaga port ABC..memang x bleh lupa laa..bila time budak2 putra nyanyi pakat cabut lari jap, dengar dorang nyanyi memang teringat nasyid smakl..huu.. hari last before cuti panjang 2 minggu memang sangat menggamit memori.budak-budak putri kat kelas tu macam da tau half dari kitorang yang ada hari tu takkan balik dah maahad lepas bukak cuti. kitorang bagi ucapan untuk semua, nanges bagai nak rak. budak putra boleh plak nyanyi lagu nasyid yang memang sedih tahap dewaa laa... aku takkan lupakan korang. even though aku tinggalkan korang, tinggalkan cita-cita untuk jadi seorang peguam. aku sentiasa mendoakan kalian semua berjaya dalam hidup, dunia dan akhirat! insyaALLAH (aaameen) kelasku selama 3 minggu di maahad (kau buruk pon aku rindu tau!) ni lah banner hasil contengan kami XD mawar-mawar yang aku rindu sangat-sangat! aku x ingat mana aku cilok gambar ni!thx tuan punya gambar ye..hee last but not least! lagu sekolah dalam bahasa arab!!!!hahaha p/s : dah la.aku da tak larat nak menulis..menggamit memori betullah!!! mungkin jodoh aku kat PPUM..who knows ;) Labels: memory :) ![]() ![]() ![]() |
2 Comments:
salam..
kenangan di bangku sekolah..memang best..kalau boleh nak kembali ke sekolah..hehe.
*folo ur blog
wuuuu fasyark ! besnyeee maahad !
Post a Comment